Powered by Blogger.

TEORI MOTIVASI TIMUR DAN BARAT

>> Tuesday 22 January 2013


PENGENALAN

Teori Timur dan Teori Barat sering diperdebatkan untuk mencari kebenaran teori yang manakah yang lebih baik dan sesuai diguna pakai. Pelbagai teori juga telah dikemukakan oleh barat dan timur berkaitan dengan pelajaran.Antara teori timur dan barat yang boleh dibincangkan berkaitan pelajaran di sekolah ialah teori psikologi motivasi.

PENGERTIAN TEORI
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu.Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah yang dimaksudkan dengan teori?
• Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu :
“ … set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data
dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang” .
• Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian
antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan
pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang
menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan beru.
• Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian.

Maksud Teori Pembelajaran
Definisi : Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran,
bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.
Fungsi-fungsi teori pembelajaran
1) Mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik.
- Pendekatan kepada satu bidang pengetahuan, memberi panduan kepada:
• apa yang harus dikaji
• pemboleh ubah yang terlibat
• teknik kajian
• cara menghuraikan hasil kajian.
2) Menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas.
3) Menghurai dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan
faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Definisi Motivasi
Secara umumnya pengertian konsep motivasi dapat dijelaskan sebagai keadaan dalaman diri yang membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu (Woolfolk, 1998).  Apabila membincangkan konsep motivasi, ahli Psikologi memberi fokus kepada beberapa persoalan asas (Graham & Weiner, 1996; Pintrich, Marx, & Boyle, 1993) seperti berikut:
Bagaimanakah pemilihan ke atas sesuatu itu dibuat yang kemudiannya menentukan tingkahlaku? Sebagai contohnya mengapakah sebahagian daripada pelajar memilih untuk belajar, dan dalam masa yang sama ada pula yang memilih untuk menonton tv?
Apabila seseorang itu telah mengambil keputusan untuk membuat sesuatu, berapa lamakah masa yang diambil untuk memulakannya? Mengapakah ada pelajar yang terus  bertindak apabila telah membuat keputusan untuk belajar, tetapi ada pula yang menangguh tindakan  setelah membuat keputusan?
Apakah tahap penglibatan, atau kesungguhan seseorang pelajar itu dalam melaksanakan aktiviti yang telah dipilih? Adakah pelajar memberi konsentrasi sepenuhnya atau sebaliknya buat sambil lewa sahaja?
Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar itu terus berusaha dan yang lain pula mudah menyerah kalah?
Apakah yang dirasa dan difikirkan semasa seseorang itu sedang belajar? Adakah dia merasa tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang sedang dipelajarinya, atau lebih banyak memikirkan  tentang masalah kewangannya yang belum juga dapat diselesaikan itu?

Konsep dan Jenis  Motivasi: Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik
Apakah perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku seseorang itu? Antara traits yang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi  ialah  : Keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan berbagai lagi.
Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau traits. Sebagai contohnya, ada pelajar yang bertindak melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang tinggi untuk berjaya; tetapi ada pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal; mungkin juga mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu, dan mungkin  pula semata-mata disebabkan rasa bertanggung jawab kepada kedua ibubapa yang menaruh harapan begitu tinggi terhadap mereka.

Ada pula ahli Psikologi yang berpendapat bahawa konsep motivasi dirujukkan kepada keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai contoh, semua pensyarah yang mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah hari itu kerana mereka tahu apa yang diajar penting untuk ujian kenaikan pangkat. Pada dasarnya, motivasi yang terbentuk pada sesuatu ketika itu adalah gabungan antara traits diri dan keperluan pada masa itu. Persoalan yang boleh diajukan kepada diri sendiri: Adakah saya berada dalam bilik kuliah hari ini disebabkan saya menghargai ilmu, atau adakah kerana saya perlu menduduki ujian?
Satu kesimpulan boleh dibuat bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
a)         Motivasi Intrinsik         
Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu, dan rasa kepuasan diri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman (intrinsik). Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia, atau tabii manusia, untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve, 1996). Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak memerlukan apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Mengikut Raffini (1996), motivasi intrinsik merupakan ‘…what motivates us to do something when we don’t have to do anything (p.3).’    
b)         Motivasi Ekstrinsik
Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran seperti hadiah atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman, dan lain-lain. Jenis motivasi ini dikenali sebagai ekstrinsik atau motivasi luaran. Motivasi ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, atau untuk dipuji, atau untuk mengelak daripada hukuman, atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi, atau apa sahaja sebab selain daripada untuk pemenuhan  kendiri. Hakikatnya seseorang itu tidak sebenarnya berminat untuk melakukan aktiviti itu, tetapi sebaliknya semata-mata untuk mendapat ganjaran.

Teori Motivasi Menurut Perspektif Islam
                    Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu telah datang dengan teori-teori pendidikan (termasuk motivasi) yang komprehensif bersumber Al-Quran dan As Sunnah (Muhanna, 1990). Menurut Baharuddin (2005) di antara perkara utama yang membezakan di antara psikologi Islam dan Barat adalah persoalan tentang manusia.
Perbezaan pandangan tentang manusia di kalangan ahli Psikologi Barat sendiri telah
melahirkan berbagai-bagai teori yang berkembang di Barat. Psikologi Islami telah
membangunkan teori dan konsep tentang manusia bersumberkan kitab suci Al Quran yang
menyeluruh meliputi:
 1)Jasmaniah (tubuh fizikal)
2)Nafsiah (Al-nafsu, al-‗aql dan al-qalb) dan
3)Ruhaniah.
Manakala Psikologi Barat hanya membincangkan aspek jasmaniah (tubuh
badan) dan aspek nafsiah sahaja dan aspek rohaniah tidak terjangkau di dalam psikologi
Barat. Sebagai contohnya Psikologi Fisiologi dan behaviorisme hanya membincangkan aspek
jasmaniah ; Psikoanalisa Sigmund Freud hanya membincangkan aspek nafsiah ; manakala
teori Humanistik hanya membincangkan aspek Jasmaniah dan Nafsiah sahaja (Baharuddin,
2005). Walaupun Psikologi Humanistik dan Tranpersonal telah mengakui spiritual sebagai
sebahagian dari elemen psikologi namun spirit yang dimaksudkan bukan seperti yang
dijelaskan dalam pandangan agama.
Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah mengandungi teori-teori
pendidikan dan psikologi (termasuk motivasi) yang komprehensif (Muhanna, 1990). Konsep-konsep motivasi ini telah lama diaplikasikan di dalam pendidikan di dalam dunia Islam dan
para sarjana Islam telah menulis mengenai mengenainya (psikologi manusia dan motivasi)
secara intensif walaupun istilah psikologi tidak wujud pada ketika itu (Haque, 2004).
Menurut Haque (2004) di dalam penulisan-penulisan sarjana Islam istilah nafs (self or soul)
digunakan. Nafs merangkumi topik yang luas iaitu qalb(hati), ruh, aql(intelek/kognitif) dan
irada (kehendak). Sebagai contohnya Al-Ghazali(2007) (1058-1111 masihi, 450-505 hijrah)
telah mengemukakan teori keperluan (fitrah) dan personaliti (Mook Soon Sang, 2009) jauh
lebih awal dari teori yang telah dikemukakan oleh Maslow(1970). Haque (2004) pula telah
menyenaraikan sebahagian tokoh sarjana Islam yang menyumbang di dalam bidang ini iaitu
1) Al Ash‘ath Bin Qais Al-Kindi (801–866), 2) Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari (838–870), 3)
Abu Zaid Al-Balkhi (850–934), 3) Abu Bakr Mohammad Ibn Zakariya Al-Razi (864–932), 4)
Abu Nasr Mohammad Ibn Al-Farakh (Al-Farabi) (870–950), 5) Abul Hasan Ali Abbas Almajusi (D. 995), 6) Ikhwan Al-Safa: The Bretheren of Purity (10th century A.D.), 7) Abu Ali Ahmad B. Muhammad B. Ya‘kub Ibn Miskawayh (941–1030), 8) Abu ‗Ali Al-Husayn B.‗Abd Allah Ibn Sina (980–1037), 9) Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali (1058–1111), 10)
Abu Bakr Mohammed Bin Yahya Al-Saigh Ibn Bajjah (1095–1138), 11) Ibn Al-Ayn Zarbi
(D. 1153), 12) Abu Bakar Muhammad Bin Abdul Malik Ibn Tufayl (1110–1185), 13) Abu‘l
Walid Muhamad Bin Ahmad Ibn Rushd (1126–1198), 14) Fakhr Al-Din Muhammad Umar
Al Razi (1149/50–1209) dan 15) Muhyid-Din Muhammad Ibn Ali (Ibn Arabi) (1164–1240).
Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari sebagai contohnya adalah merupakan pelopor dalam bidang
perkembangan kanak-kanak menerusi bukunya Firdaus Al Hikmah. Abu Zaid al-Balkhi pula
merupakan ahli psikologi kognitif dan perubatan yang pertama yang telah berjaya
membezakan dengan jelas di antara neuroses dan psychoses (Haque, 2004). Ahli psikologi
Muslim yang terkini juga telah membincangkan mengenai teori-teori motivasi menurut
perspektif Islam.

Najati (2001, 2006)- Motivasi dalam Al Quran dan hadis Nabi
Najati (2001) telah mengemukakan teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan yang telah digunakan oleh Al Quran dan kaedah pendidikan yang digunakan oleh Nabi Muhammad
S.A.W (Najati, 2006). Najati telah membincangkan teori motivasi di dalam Al Quran dalam
bentuk :
1)motivasi fisiologi seperti motivasi menjaga kelangsungan hidup dan motivasi menjaga keturunan,
2)Motivasi kejiwaan/spritual seperti motivasi kejiwaan, motivasi spritual,
3) Motivasi tidak sedar
4)konflik di antara motivasi-motivasi
5)kaedah untuk mengawal motivasi
 6)penyimpangan motivasi-motivasi.
Najati (2001) juga telah membincangkan di antara kaedah yang digunakan di dalam Al-Quran adalah untuk menimbulkan motivasi pembelajaran seperti:
i. Menimbulkan Motivasi dengan Memberikan Harapan (targhib) dan Ancaman(tarhib).
Manusia cenderung melakukan perbuatan yang menyeronokkan dan menjauhi perbuatan yang menyakitkan. Banyak eksperimen yang telah dilakukan oleh ahli psikologi moden tentang perkara ini. Ayat-ayat targhib di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang kenikmatan syurga akan membangkitkan cita-cita umat Islam untuk mendapatkan kenikmatan ini dan berpegang teguh pada takwa manakala ayat-ayat tarhib yang menerangkan tentang siksa neraka akan membuatkan mereka menjauhi segala perbuatan dosa. Penggunaan kedua-dua kaedah ini secara bersama adalah lebih berkesan berbanding dengan hanya menggunakan salah satu kaedah sahaja.
ii. Membangkitkan motivasi dengan kisah-kisah
Melalui cerita Al Quran memberi nasihat dan membimbing serta mendidik manusia berbagai pelajaran dan hikmah. Menurut Najati (2001) kebiasaannya kisah di dalam Al Quran dimulai dengan ringkasan cerita diikuti dengan penceritaan kisah secara mendalam. Contohnya seperti kisah Ashabul Kahfi. Ada juga kisah yang dimulai dengan menyebut akibat dan tujuan terlebih dahulu sebelum kisah diceritakan.
iii. Memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting
Peristiwa-peristiwa dan masalah-masalah merupakan salah satu faktor yang dapat membangkitkan motivasi. Al Quran telah menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang dilalui oleh umat Islam terdahulu dan penyelesaian masalah yang telah diambil sebagai panduan kepada umat kini. Kepentingan memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting ini juga boleh dilihat dari sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al Quran (asbabunnuzul). Kebanyakkan ayat Al Quran juga diturunkan bertepatan dengan peristiwa penting yang berlaku pada ketika itu. Menurut Najati, motivasi adalah merupakan sebahagian daripada prinsip-prinsip pembelajaran yang telah digunakan di dalam Al Quran dan Rasulullah di dalam mendidik umat Islam. Oleh yang
demikian bahagian yang seterusnya akan membincangkan prinsip-prinsip pembelajaran ini.
a-Ganjaran (reward)
Najati (2006) juga telah membincangkan mengenai penghargaan/ganjaran (reward) di dalam pembelajaran pendidikan. Bentuk-bentuk ganjaran yang digunakan oleh Al-Quran dan
Rasulullah tidak hanya berbentuk kebendaan tetapi juga di dalam bentuk abstrak seperi
pujian, penghargaan dan motivasi. Dari segi jangkamasa ganjaran pula, terdapat tiga bentuk
yang digunakan oleh Al Quran dan Rasulullah iaitu
1)pemberian ganjaran secara serta merta
contohnya Rasulullah SAW telah memerintahkan agar bayaran upah pekerja hendaklah di
bayar sebelum kering peluh pekerja.
 2)menangguhkan pemberian ganjaran dalam tempoh jangka panjang ,contohnya :ganjaran bagi orang yang berbuat kebaikan ialah syurga.
3)pemberian ganjaran tanpa menetapkan batasan masa yang jelas sebagai contohnya malam
lailatur Qadar yang bersamaan dengan ganjaran seribu bulan tidak dinyatakan masanya
dengan jelas. Menurut Najati (2006) perkara ini dapat merangsang motivasi umat Islam
untuk beramal sepanjang bulan Ramadhan terutama sepuluh malam yang terakhir.
b-Pembahagian waktu belajar
Di antara prinsip-prinsip pembelajaran yang digunakan oleh Al Quran ialah pembelajaran
hendaklah di selangi dengan waktu rehat (Najati, 2001, 2006). Perkara ini dapat dilihat
apabila Al Quran sendiri diturunkan dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Rasulullah sendiri
mendidik dan memberikan nasihat di dalam selang masa ini bagi mengelakkan para sahabat
berasa jemu atau bosan.
c-Bertahap didalam mengubah tingkah-laku
Di dalam pendidik bangsa Arab yang sudah terkenal dengan tradisi buruk yang telah
mengakar umbi di dalam masyarakat mereka Rasulullah SAW telah menggunakan kaedah
iaitu :
1)kaedah penanaman iaitu menamkan keimanan di dalam diri manusia
2)menggunakan kaedah bertahap didalam pendidikan contohnya seperti pengharaman arak telah melalui tiga fasa iaitu larangan menjauhinya, larangan bersolat ketika solat dan larangan secara mutlak.
d-Pengulangan
Al Quran dan Rasulullah SAW menggunakan prinsip pengulangan ketika mendidik manusia.Sebagai contohnya Rasulullah akan mengulangkan sehingga tiga kali sehingga para sahabatbenar-benar memahami ajaran yang disampaikan. Menurut Najati (2001) pengulangan kisah-kisah di dalam Al Quran bukanlah pengulangan secara total melainkan hanya menyebut
beberapa peristiwa pada suatu kisah yang sesuai dengan kandungan surah itu. Apabila
berlaku pengulangan serangkai kisah, biasanya akan dikemukan sesuatu yang baru dan
berlaku perubahan didalam susunan ayat atau perbezaan pada cerita permualaan atau akhiran
sesuai dengan tuntutan ungkapan yang dimaksudkan di dalam kisah tersebut.
e- Menarik perhatian
Al Quran telah menyentuh akan peri pentingnya memberikan perhatian kepada pendidikan yang disampaikan. Beberapa kaedah juga telah digunakan Al Quran untuk menarik perhatian orang yang membacanya sebagai contohnya dengan menggunakan perumpamaan-perumpamaan, memulakan surah dengan huru-huruf hijaiyah seperti Alif Lam Mim,
penggunaan sumpah di permulaan ayat, susunan kata di dalam Al Quran berbeza dengan
adanya i‘jaz balaghah serta alunan muzik yang dapat membangkitkan perasaan dan menarik
perhatian.
f-Berperanan aktif
Ajaran Islam meminta umatnya berperanan aktif dengan mengamalkan sendiri ilmu-ilmu
yang telah dipelajarinya. Terdapat banyak ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perlunya
iman yang diiringi dengan amal soleh.

Alizi & Mohamad Zaki (2005): teori motivasi Islam berteraskan jihad
Alizi & Mohamad Zaki (2005) telah membincangkan mengenai pandangan Islam tentang konsep-konsep motivasi bermula dengan keperluaan asas yang diperlukan oleh manusia seperti lapar, kehausan, seks, kuasa, pencapaian, penghargaan, kerohanian/agama, dan
peranan keimanan di dalam motivasi. Beberapa teori-teori motivasi juga telah dinilai
berdasarkan pandangan Islam seperti teori hiraki keperluan Maslow dibandingkan dengan
Maqasid Shar`iyyah. Alizi & Mohamad Zaki telah mengemukakan teori mengemukakan
teori penggunaan prinsip-prinsip motivasi Islami yang berteraskan Jihad (bersungguhsungguh
di dalam membuat sesuatu) dan mengandungi elemen keimanan dan agama.


Alawneh (1999): Model Motivasi Takwa
Teori motivasi yang lebih komprehensif telah dikemukan oleh Alawneh (1999). Alawneh
telah mengemukakan motivasi menurut paradigm Islam yang berasaskan kepada kefahaman
manusia tentang tujuan penciptaannya dan kemudiannya di kaitkan dengan konsep-konsep
asas Islam seperti takwa, iman, khalifah dan taubat dan kaitannya dengan jenis-jenis motivasi
yang berlainan. Alawneh juga telah mengemukakan satu model motivasi takwa.

Zaleha & Hassoubah (2008): Model Motivasi Membelajaran 4Ms
Zaleha & Hassoubah (2008) pula telah mengemukakan satu model motivasi pembelajaran
4Ms +Triple S = GOALS. Di mana 4M adalah Muhasabah, Muraqabah, Mutabaah,
Mujahadah dan Triple S adalah Smart , Study, dan Strategies.

Pendekatan Dalam Kajian Motivasi Barat
Terdapat pelbagai teori dan kajian untuk membincangkan konsep motivasi barat.Ada kajian yang dibuat dalam makmal dengan menggunakan binatang; ada pula kajian yang dibuat ke atas manusia dalam makmal atau klinik psikologi. Perbincangan di sini akan hanya memfokaskan kepada kajian yang boleh diaplikasikan kepada pembelajaran dalam bilik darjah.
Terdapat EMPAT pendekatan utama  dalam mengkaji konsep motivasi:
  • Pendekatan Behaviourisme atau Tingkahlaku
  • Pendekatan Humanistik atau Kemanusiaan
  • Pendekatan Kognitivisme
  • Pendekatan Pembelajaran Sosial
a)                Motivasi dan Pendekatan Behaviuorisme atau Tingkahlaku
Dalam pendekatan ini, konsep motivasi dikaitkan secara jelas dengan prinsip ganjaran dan peneguhan.Tingkahlaku yang telah diberikan peneguhan pada masa yang lalu diandaikan lebih berkemungkinan diulangi berbanding dengan tingkahlaku yang tidak diberikan peneguhan atau yang telah dikenakan hukuman.
Dalam pendekatan ini, soalan-soalan yang selalu ditanyakan adalah seperti berikut: Mengapakah ada di kalangan mahasiswa yang semakin tercabar dan semakin gigih berusaha apablia menghadapi kegagalan, tetapi sebaliknya ada pula yang terus merasa kecewa dan mengundur diri? Mengapakah pula ada di kalangan pelajar yang berusaha keras hanya semata-mata untuk memenuhi harapan kedua ibu bapa, dan ada pula yang belajar semata-mata kerana minat terhadap mata pelajaran itu? Mengapakah ada mahasiswa yang berjaya mencapai kejayaan lebih baik daripada jangkaan kemampuannya, dan ada pula yang sebaliknya?
Untuk memahami persoalan seperti ini, ahli-ahli kaji behaviourisme menerangkan motivasi melalui konsep ‘peneguhan/ganjaran’ dan ‘insentif’. Ganjaran ialah objek atau situasi yang menarik yang diperolehi hasil daripada sesuatu perbuatan atau tingkahlaku. Insentif pula ialah objek atau situasi yang menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkah laku itu diulang. Sebagai contoh, janji untuk memberi Sijil Dekan kepada mahasiswa yang berusaha dengan gigih dan mendapat PNGK 3.5 ke atas adalah satu insentif kepada pelajar. Mendapat gred A juga adalah merupakan satu ganjaran dari usaha yang gigih. Oleh itu dari kacamata ahli behaviourisme, bagi memahami motivasi mahasiswa untuk mencapai gred cemerlang, maka perlulah dibuat satu analisis yang teliti berkenaan dengan sistem insentif dan ganjaran yang terdapat dalam masyarakat, sebagai contoh, kaitan antara peluang kerjaya dengan pencapaian akademik yang cemerlang.
Seterusnya, jikalau kita secara konsisten memberi ganjaran kepada sesuatu tingkahlaku yang diharapkan, dengan secara tidak langsung kita akan membentuk kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertindak dengan cara yang tertentu. Sebagai contoh, jikalau para pelajar yang aktif dalam bidang sukan diberikan ganjaran dalam bentuk pujian, wang ringgit, privilege, atau kedudukan tertentu kerana peranan mereka sebagai juara sukan di peringkat sekolah, maka dengan sendirinya mereka akan berusaha mempergiatkan usahanya dalam bidang sukan berbanding dengan bidang akademik bagi tujuan mendapatkan segala ganjaran itu.
b)         Motivasi dan Pendekatan Humanistik
Pendekatan ini juga dikenali sebagai ‘third-force’ di awal tahun 1940an sebagai gerak balas terhadap dua pendekatan yang dominan pada masa itu, iaitu behaviuorisme dan psikoanalisis Freud.  Pelopor bidang humanistik seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa kedua-dua pendekatan behaviuorisme dan psikoanalisis tidak dapat menerangkan dengan sepenuhnya mengapa seseorang itu bertindak.
Pendekatan humanistik mencuba menunjukkan bahawa keinginan intrinsik seseorang itu adalah digerakkan oleh keperluan untuk mencapai  “self-actualization” (Maslow, 1968, 1970), “inborn actualizing tendency” (Rogers & Freiberg, 1994), atau keperluan kepada “self-determination” (Deci, Vallerand, Pelletier, & Ryan, 1991). 
Pada dasarnya teori ini berpegang kepada kepercayaan bahawa manusia dilahirkan dengan keinginan untuk berusaha memenuhi potensi yang ada pada mereka. Dalam pendekatan ini, memotivasikan pelajar adalah bermakna memberi ransangan kepada resos dalaman yang ada pada setiap orang, iaitu antaranya rasa kompeten diri, harga diri, autonomi, dan pemenuhan kendiri. Kajian mendapati pendekatan ini mencuba menonjol ‘self-esteem movement’, iaitu satu pendekatan yang kontroversi dalam memenuhi keperluan pelajar untuk mendapatkan kedudukan sosial  melalui persoalan harga diri dan digniti para pelajar.
c)      Motivasi dan  Teori Kognitivisme
Pendekatan ini mencuba menunjukkan bahawa keinginan mengekalkan imej kendiri adalah merupakan satu kuasa motivasi yang kental. Banyak daripada tingkahlaku kita adalah bertujuan untuk mengekalkan standard yang kita kenakan pada diri kita sendiri. Contohnya jikalau kita merasa diri kita orang yang amanah dan bertanggungjawab, maka kemungkinan besar segala perbuatan kita akan mengambilkira nilai dalam diri kita ini, walau pun dalam keadaan di mana tidak ada seorang pun yang memerhatikan kita, kerana kita mahu kekalkan imej kendiri kita itu. Jikalau kita percaya diri kita cerdik dan berkebolehan tinggi, maka kita akan bertindak cara yang sepatutnya bagi menentukan kita sentiasa dalam keadaan selesa dengan imej kendiri itu. Walau bagaimanapun tidak dinafikan adakalanya dalam keadaan tertentu perbuatan kita bercanggah dengan imej kendiri serta nilai dan kepercayaan  kita kerana menjaga sesuatu kepentingan. 
Pendekatan ini juga adalah hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pendekatan behavioursme. Ahli-ahli dalam bidang ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah ditentukan oleh pemikiran kita, bukan hanya disebabkan oleh kita diberikan ganjaran atau telah dihukum dengan melakukan perbuatan itu (Schunk, 1996; Stipek, 1993). Setiap tingkah laku yang dibuat adalah hasil daripada perancangan (Miller, Galanter, & Pribram, 1960), matlamat (Locke & Latham, 1990), skema (Ortony, Clore, & Collins, 1988), pengharapan (Vroom, 1964), dan atribusi (Weiner, 1992). Andaian yang dibuat dalam pendekatan ini ialah respon yang diberikan oleh kita bukan disebabkan oleh situasi luaran atau keadaan fizikal tetapi sebaliknya berdasarkan interpretasi ke atas situasi dan kejadian ini. Sebagai contoh, apabila kita begitu terlibat dalam sesuatu projek kita lupa makan, dan tidak pula terasa lapar sehinggalah kita melihat jam pada masa itu. Dalam pendekatan ini manusia dilihat sebagai aktif dan tinggi rasa ingin tahu, dan sentiasa mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan persoalan personal yang relevan. Manusia bekerja keras kerana mereka suka bekerja dan kerana mereka ingin memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini bermakna pendekatan kognitif menekankan motivasi intrinsik yang ada dalam diri seseorang itu.


d)         Motivasi dan Pendekatan Pembelajaran Sosial atau Teori Personaliti
Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviourisme dan kognitivisme. Ia mengambil kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku, dan minat ahli kognitif pula ke atas impak hasil dari kepercayaan dan pengharapan seseorang itu.  Pendekatan ini boleh diringkaskan sebagai teori ‘pengharapan  x  nilai’. Ini bermakna bahawa motivasi adalah gabungan antara dua kekuatan, iaitu pengharapan seseorang itu untuk sampai ke matlamat yang ditujunya, dan nilai matlamat itu untuk dirinya. Dengan lain perkataan, persoalan yang mungkin akan ditanya ialah “ Jikalau saya sungguh-sungguh berusaha, bolehkah saya berjaya?” dan “ Jikalau saya berjaya, adakah hasilnya akan membawa kebahagiaan kepada kehidupan saya?”. Di sini, motivasi dilihat sebagai gabungan antara dua elemen penting, iaitu ‘kejayaan’ dan ‘kebahagiaan hidup’, dan jikalau salah satu daripadanya tidak ada, maka kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi lemah dan tidak signifikan lagi.

Teori Motivasi Al-Ghazali
a-Struktur Jiwa
Menurut Al-Ghazali jiwa manusia dalam tiga dimensi, iaitu dimensi bahan, dimensi nabati,
dimensi hewani, dan dimensi manusia. Dalam struktur tigadimensi dari jiwa manusia terdiri al-qalb, al-ruh, al-nafs, dan al-aql. Keempat unsur dalam satu pengertian Latifah iaitu kon atau al-ruh al-rabbaniyyah yang merupakan esensi manusia yang memiliki kekuatan melihat, mengetahui dan mengenali, dan sekaligus menjadi tempat pertanggungjawaban atas tindakan yang ia lakukan.
b-Junud al-Qalb sebagai unsur motivasi
Menurut Al-Ghazali terjadi kerana perilaku peranan Junud al-Qalb atau tentera hati. Pada manusia ada dua kumpulan al-Qalb Junud, iaitu bentuk fizikal dari tubuh yang berperanan sebagai alat dan yang psikis. Alam psikis wujud dalam dua cara iaitu syhawat dan ghadlab yang berfungsi sebagai kekuatan pendorong (kehendak Tuhan). Nafsu mendorong untuk melakukan sesuatu (motif mendekat) dan ghadlab digalakkan untuk menjauh dari sesuatu (motif menjauh). Tujuan dari perilaku ini adalah untuk mendapatkan kepada Allah. Tapi dalam praktiknya perlakuan ini dibagi ke dalam ammarah hieraki motivasi (hedonistik), motivasi Lawwamah (skeptik), dan motivasi Muthmainnah (spiritualitas).

Teori Hierarki Keperluan Maslow
Teori Maslow (Teori Hierarki Keperluan Maslow) sering digunakan untuk meramal tingkah-laku orang dalam kelompok atau organisasi, dan bagaimana memanipulasi atau membentuk tingkahlaku tersebut dengan cara memenuhi keperluannya. Ianya bertolak dari dua andaian dasar iaitu :
  1. Manusia selalu mempunyai keperluan untuk berkembang dan maju;
  2. Manusia selalu berusaha memenuhi keperluan yang lebih pokok terlebih dahulu sebelum berusaha memenuhi keperluan lainnya, bermaksud keperluan yang lebih asas harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum keperluan tambahan yang lebih tinggi mengendalikan tingkah laku seseorang.
Yang penting daripada pemikiran Maslow ini adalah keperluan yang telah dipenuhi
( sebahagian atau keseluruhan) akan berhenti daya motivasinya, kemudian motivasinya berpindah ke upaya untuk memenuhi keperluan lainnya yang lebih tinggi.
Pemahaman tentang adanya hubungan yang erat antara tingkah laku dan keperluan adalah penting untuk dapat mencipta kepuasan atau mengurangi ketidakpuasan individu anggota kelompok.
Melalui pengamatan terhadap tingkahlaku anggota kelompok dan dikaitkan dengan tingkat keperluannya, maka dapat dilakukan tindakan tertentu oleh anggota lainnya atau oleh pimpinan kelompok dalam rangka membentuk sebuah kelompok yang jitu.
Teori McClelland
Teori McClelland adalah teori motivasi yang berhubung erat dengan proses belajar.
l      Ia mengemukakan bahawa keperluan individu merupakan sesuatu yang dipelajari dari lingkungan kebudayaannya.
l      Orang yang tidak pernah melihat dan mendengar tentang televisyen, tidak akan pernah termotivasi untuk memiliki televisyen.
l      Oleh itu, motivasi yang bersumber dari adanya upaya untuk memenuhi keperluan, merupakan sesuatu yang dapat dipelajari dan diajarkan.
l      McClelland membahaskan tiga jenis keperluan iaitu :
1.      n-Ach (need for achievement), iaitu keperluan individu kepada prestasi
2.      n-Aff (need for affiliation), iaitu keperluan individu kepada teman
3.      n-Pow (need for power), iaitu keperluan individu kepada kekuasaan.
Tinggi atau rendahnya tingkat keperluan seseorang akan menentukan kuat atau lemahnya motivasinya untuk mencapai tujuan tersebut.
Mereka yang mempunyai n-Ach tinggi lebih senang menetapkan sendiri tujuan hasil kerja yang akan dicapai, dengan mengukur kemampuan sendiri, kerja yang efisien serta bertanggungjawab terhadap penyelesaian masalah yang ada.
 Kesimpulan
                   Walaupun telah terdapat beberapa model motivasi yang telah digunakan cenderung kepada pandangan penulis-penulis dari barat. Kekosongan juga telah dilihat di dalam teori-teori ini, di mana kebanyakkan ahli-ahli psikologi barat hanya membincangkan motivasi dalam aspek disekitar aspek jasmani, kognitif dan emosi tetapi meninggalkan aspek rohani.Kertas kerja ini telah membincangkan beberapa teori motivasi yang telah dikemukakan oleh penulis Islam dan Barat . Tinjauan literatur yang dilakukan menunjukkan Islam telah lama mengemukakan teori-teori motivasi di dalam mendidik umat Islam walaupun dengan menggunakan istilah yang berlainan.
                   Sesungguhnya motivasi yang menggabungkan teori-teori motivasi yang telah dikemukakan oleh penulis Barat dan Timur ( Islam ) merupakan satu alternatif bagi mengisi kekosongan yang terdapat di dalam teori-teori motivasi barat dan lebih sesuai untuk digunakan di dalam budaya tempatan.

Read more...

MENGENAL ALAT, BAHAN DAN TEKNIK SENI VISUAL

>> Saturday 12 January 2013



http://media20.onsugar.com/files/2011/10/41/4/1703/17035993/d5/tiger_252Bmask.jpg


PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1
SSR3053/3023

 

 

TOPIK 1:

MENGENAL ALAT, BAHAN DAN TEKNIK SERTA PROSEDUR PENGHASILAN SESUATU PRODUK SENI BAGI KANAK-KANAK 9 TAHUN KE BAWAH



PENGENALAN

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak di bawah 9 tahun, pengetahuan bagaimana hendak memilih alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk adalah penting agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menjamin aspek keselamatan kanak-kanak itu sendiri.  Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni visual juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Bagaimanapun terdapat beberapa bahan yang lumrah digunakan dalam penghasilan produk antaranya ialah :

Pensil
Diperbuat daripada campuran grafit dan tanah liat yang mempunyai kekerasan berlainan. Ada dua jenis pensil yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan iaitu pensil mata hitam dan pensil mata berwarna. Terdapat pensil mata hitam berjenis keras. Jenis ini dapat menghasilkan garisan cerah dan ton pudar. Manakala pensil yang lembut dan ton yang dihasilkan adalah gelap.

Arang
Media ini merupakan bahan khas untuk melukis dan dalam Bahasa Inggeris dipanggil charcoal. Arang diperbuat daripada kayu yang dibakar dalam tanur pembakaran sehingga kering. Ada dua jenis arang iaitu berbentuk pensil dan ranting yang dapat menghasilkan warna hitam legap. Arang bentuk pensel mempunyai mata arang yang agak keras dan boleh menghasilkan garisan yang halus. (McDa, 2001). Bagi arang berbentuk ranting ia agak lembut dan boleh menghasilkan ton hitam bila digosok dengan jari atau tisu. Kelemahan menggunakan arang ini ialah kertas nampak kotor dan berdebu.


Warna Lilin

Bahan utama dalam pembuatan krayon ialah lilin.Warna yang terhasil bersifat legap. Dua atau tiga warna boleh dicampurkan untuk mendapatkan hasil ton yang memuaskan.

Paste
Pastel adalah media berwarna lembut yang diperbuat daripada kapur. Pastel dapat menghasilkan pencahayaan ton yang jelas walaupun permukaan kertas agak berdebu sedikit. Oleh itu, hasil karya yang menggunakan pastel haruslah disembur dengan pemati warna sebagai pelindung.
Berus   Berus menjadi alat untuk melukis dan dakwat sebagai medianya. Tujuan utama penggunaan berus dan dakwat dalam lukisan adalah untuk menghasilkan pelbagai kualiti garisan. Tiga jenis berus digunakan iaitu berus bulat, berus cina dan berus leper. Berus dicelup dengan dakwat dan pelbagai kesan garisan dapat dihasilkan mengikut jenis berus seperti berus cina menimbulkan kesan garisan halus dan sederhana.

Jenis Kertas Lukisan

Kertas lukisan biasa mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Kertas cat air terdapat dalam pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Bod Bristol merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ledger Bond kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar. Kertas Ingres kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk
lukisan pastel. Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas
arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.


Alat, Bahan Dan Teknik

Murid sungguh seronok apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstura, berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja penghasilan produk seni. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti penghasilan produk seni juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti penghasilan, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti penghasilan produk seni:
·         Berbagai jenis pensil
·         Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
·         Kapur berwarna
·         Oil pastel
·         Artline atau marker
·         Berbagai jenis pen
·         Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
·         Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,
·         sayur-sayuran, dan buah-buahan
·         Penyedut minuman
·         Gunting, pisau lipat, gam
·         Berbagai jenis berus lukisan
·         Palet/pembancuh warna


Kemahiran murid mengikut umur
Pada tahun pertama di sekolah rendah peringkat permulaan murid-murid
didedahkan dengan asas penghasilan produk seni iaitu dengan cara memerhatikan kesan-kesan yang terhasil daripada alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kerja seni. Kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan jenis garisan seperti tebal, nipis, panjang, pendek, bengkok, lurus, cetek, putus-putus. Dengan cara begini murid-murid akan dapat menyatakan secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara spontan
untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang.

Pada peringkat seterusnya murid dapat menggunakan bahan kutipan yang diaplikasikan dalam penghasilan produk seni seperti mengenal garisan, lukisan, gosokan, kolaj dan beberapa teknik lain. Teknik-teknik yang boleh dipelajari oleh mereka di tahun satu ialah seperti menekap, memotong, menampal, mencantum, menyusun gambar dan gosokan. Akhirnya murid dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan.

Di tahun kedua pula murid sudah berada di peringkat menghasilkan produk seni. Di
peringkat ini murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam kerja seni berdasarkan beberapa eksperimen. Murid menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat menghasilkan produk seni dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Di antara cadangan aktiviti murid-murid di peringkat ini ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, montaj, gurisan, gosokan, renjisan, tiupan, capan, resis dan cetakan. Di peringkat penilaian ini murid boleh menyatakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri sama ada di dalam bilik darjah atau di rumah. Semasa murid berada di tahun tiga, apa yang diharapkan murid sudah boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Murid sudah boleh menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan. Seterusnya di peringkat analisis murid boleh memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan produk seni. Di antara teknik-teknik yang boleh dicadangkan ialah seperti stensilan, montaj, capan, catan, resis, kolaj, lukisan, gurisan, tekapan dan cetakan. Di peringkat interpretasi dan penilaian, murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Ditahap ini murid dijangka boleh membuat dokumentasi mudah dalam portfolio supaya dapat meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan terperinci. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja.


Di tahun tiga, adalah diharapkan murid dapat mengaplikasikan asas senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam penghasilan produk seni berdasarkan tema imaginasi murid. Di peringkat ini murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan alat,
bahan, dan teknik yang sesuai serta dapat mengaplikasikan Asas Senireka dalam hasil kerja mereka. Di antara cadangan aktiviti yang sesuai dijalankan ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, resis, mozek, gurisan, cetakan.


TEKNIK

 Teknik penghasilan produk seni biasanya bergantung pada jenis alat atau media yang
digunakan. Kesemua alat/media boleh digunakan untuk menghasilkan
berbagai teknik seperti berikut:

Teknik penghasilan corak
Kita boleh  menghasilkan corak antaranya ialah dengan cara:
·         Pualaman
·         Tiupan
·         Titisan
·         Ikatan dan celupan
·         Renjisan dan percikan
·         Capan
·         Lipatan dan guntingan
·         Menggunakan garisan grid seperti susunan batu bata, sisik ikan, pucuk rebung, orgee, mata ikan bilis, petak dam dan sebagainya.



Teknik menghasilkan catan
   
Teknik menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata di sebut sebagai catan mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Hal yang merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna. Latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Sehubungan itu dalam menghasilkan lukisan penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan. Antara bahan yang boleh digunakan ialah seperti berikut:

Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

Jenis-jenis Kertas Lukisan
• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam
  pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
  fotokopi, kertas suratkhabar.


Teknik menghasilkan Kolaj

                Bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D menjadi  imej. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Banyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan untuk mewujudkan imej-imej yang dikehendaki. Antaranya ialah:
·         Beras
·         Gula
·         Kekacang
·         Pasir
·         Rempah-rempah


Teknik menghasilkan Montaj
Kerja ini merupakan satu aktiviti menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan imej yang pelbagai dengan menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. Alat yang digunakan antaranya ialah Gunting, pisau pemotong kertas dan berbagai jenis gam.



Teknik menghasilkan Cetakan

Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu.


Teknik menghasilkan Gosokan

                  Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan ialah dengan membuat gosokan. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.

 Teknik gosokan
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
   secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas

Teknik menghasilkan Resis

 
                Satu aktiviti penghasilan produk seni yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Dengan itu ia merupakan penghasilan produk seni yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Teknik menghasilkan Percikan


         Satu aktiviti penghasilan produk seni dalam kerja-kerja seni dengan mendetik, mengetuk
atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. Dalam buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.Dengan ini percikan adalah aktiviti menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini atau satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.
Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.



Teknik menghasilkan Mozek



           Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan. Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk. Mozek merupakan satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster. Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera. Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada
asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek.



Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas,
pensel, kertas latar.
Cara-cara:
1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas
permukaan kertas.
2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang
berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.

 3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas
yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan
kertas supaya tindihan tidak berlaku.



Prosedur mengguna alat dan bahan
Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak
Prosedur penyediaan alat dan bahan.
-   Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran
-   Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
-   Menentukan bahan dan teknik.
-   Menyediakan alat dan bahan.
-   Kesesuaian pemilihan alat dan bahan mengikut umur.
-   Keselamatan murid perlu diutamakan.

Penggunaan alat dan bahan.
          - Mengambil pertimbangan yang diperlukan bagaimana alat dan bahan itu
            diagihkan atau diedarkan.
          - Mengambil langkah-langkah keselamatan
                      - Mengambil kira bilangan yang mencukupi
          - Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip.

Prosedur Pengurusan Alat dan Bahan
Para guru boleh menggunakan prosedur berikut untuk pengurusan alat dan bahan dalam bilik
pendidikan seni:
                     - Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan.
                     - Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah.
                     - Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkannya.
                      - Membuat inventori dalam buku stor.
          - Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan.

                 Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:
A)     Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas meja.

B)    Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:
Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket

Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya:
Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana………….

(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP