MORFOLOGI
>> Monday, 26 October 2015
MORFOLOGI
Morfologi
ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan kata yang sama.
Aspek morfologi yang diberikan
tumpuan ialah:
a. Struktur kata yang merujuk
kepada pola suku kata bagi:
- kata asli bahasa Melayu
- kata pinjaman bahasa Melayu
b. Bentuk kata terdiri daripada:
- bentuk kata tunggal
- bentuk kata terbitan
- bentuk kata majmuk
- bentuk kata ganda
Proses pembentukan kata bahasa
Melayu meliputi:
- pengimbuhan
- penggandaan
- pemajmukan
KATA TUNGGAL
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri
daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk
imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu
mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.
Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.
Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.
Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku
Berasaskan
perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:
a)Kata tunggal yang merupakan unit
bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh :
orang, gitar, pen, botol
b)Kata tugas, iaitu unit yang yang
tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang
bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
Kata akronim, iaitu perkataan yang
diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu
perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata
atau huruf-huruf tertentu.
Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki
sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar
KATA TERBITAN
Kata terbitan ialah bentuk kata
yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan
ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :
Kata Terbitan Berawalan
Kata Terbitan Berakhiran
Kata Terbitan Berapitan
Kata Terbitan Bersisipan
Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
a) imbuhan awalan
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ à ber+sukan
b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ à makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ à kembali+kan
c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’ à men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an
d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’ à ber+sukan
b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’ à makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’ à kembali+kan
c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’ à men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an
d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’
Kata Terbitan Berawalan
Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :
a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)
pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)
b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (‘me’)
berjalan, berganti, berserta (‘ber’)
c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (‘ter’)
secerah, setebal, senipis (‘se’)
Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :
a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)
pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)
b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (‘me’)
berjalan, berganti, berserta (‘ber’)
c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (‘ter’)
secerah, setebal, senipis (‘se’)
Kata Terbitan Berakhiran
Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh :
a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)
sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)
b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’)
duduki, turuti, berkati (‘-i’)
Kata Terbitan Berapitan
Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :
a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)
kelainan, kedukaan (‘ke…an’)
b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (‘me…kan’)
beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan (‘diper…kan’)
memperdagangkan (‘memper…kan’)
keselesaan (‘ke…an’)
c) Kata Adjektif : kemelayuan (‘ke…an’)
Kata Terbitan Bersispan
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :
Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh :
a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)
sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)
b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’)
duduki, turuti, berkati (‘-i’)
Kata Terbitan Berapitan
Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :
a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)
kelainan, kedukaan (‘ke…an’)
b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (‘me…kan’)
beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan (‘diper…kan’)
memperdagangkan (‘memper…kan’)
keselesaan (‘ke…an’)
c) Kata Adjektif : kemelayuan (‘ke…an’)
Kata Terbitan Bersispan
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :
a) Kata Nama : kelingking, telunjuk
(‘..el..’)
keruping, seruling (‘..er..’)
keruping, seruling (‘..er..’)
KATA MAJMUK
Kata majmuk merupakan dua patah
kata dasar yang digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu serta
sebati maknanya.Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja
terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
Kata
majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti berikut ;
a) kata nama majmuk
b) kata adjektif majmuk
c) kata kerja majmuk
Kata Majmuk yang terdiri
daripada rangkai kata bebas.
Contohnya : guru
besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha
Politik.
Kata Majmuk yang
merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis
pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka
bentuk.
Kata Majmuk yang membawa
maksud simpulan bahasa.
Contohnya: tumbuk
rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.
Namun begitu,
terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya
sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu (1993:75), antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah:
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kerjasama
olahraga
matahari
kakitangan
setiausaha
sukarela
tanggungjawab
tandatangan
warganegara
pesuruhjaya
suruhanjaya
Selain itu, kata
majmuk yang ditulis akan berubah menjadi kata majmuk yang ditulis serangkai
apabila menerima apitan , misalnya pengenalpastian, disatupadukan,
menandatangani, melipatgandakan dan dikuatkuasakan.
Cara Mengenal Kata Majmuk
Kata majmuk tidak
dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk,
contohnya:
·
Tandatangan tidak dapat
disisipkan kata yang untuk membentuk
tanda yang tangan.
·
Urus setia tidak dapat
disisipkan kata yang untuk membentuk
urus yang setia.
·
Kakitangan tidak dapat
disisipkan dan bagi membentuk kaki
dan tangan
·
Tanah air tidak dapat disisipkan
dan bagi membentuk tanah dan air.
Selain itu, kata
majmuk mempunyai makna yang tertentu, yang berbeza daripada kata-kata asal yang
membentuk kata majmuk tersebut. Misalnya:
·
Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana
merujuk kepada kain segi empat dan berlainan daripada makna biasa sapu dan
tangan.
·
Bumiputera yang membawa makna tertentu
yang terdiri daripada dua kata dasar bumi dan putera.
Golongan Kata Majmuk
Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut
ini.
Penggolongan Kata
Majmuk
|
Contoh Perkataan
|
Kata Nama Majmuk
|
guru besar, balai raya, tapian gelanggang, cakar ayam,
bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor,
ketua murid, warganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran,
kebolehpercayaan, tandatangan, warganegara, setiausaha.
|
Kata Kerja Majmuk
|
hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima
kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani,
bertanggungjawab, berlatarbelakangkan.
|
Kata Adjektif Majmuk
|
merah jambu. Terang hati, kuning langsat, muda remaja,
panas terik, sukacita, dukacita.
|
Kata Tugas Majmuk
|
bagaimana,
apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, mana lagi.
|
PENGGOLONGAN KATA
Perkataan
dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan -golongan tertentu
berdasarkan beberapa kriteria, misalnya criteria struktur fonologi atau bunyi,
criteria struktuf morfem, kriteria sintaksis , dan kriteria semantik.
Penggolongan
kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/ atau
fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Penggolongan kata dalam Bahasa
Melayu terbahagi kepada empat iaitu :
a- kata nama
b- kata kerja
c- kata adjektif
d- kata tugas
KATA NAMA
Kata Nama ialah kata yang
merujuk khusus pada sesuatu nama orang , haiwan, benda, institusi,
undang-undang, bangsa, bahasa dan pangkat. Menurut Za’ba (1965) memberi
definisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau orang dan
sebagainya.
Bagi Abdullah Hassan
(2003) mendefinisikan nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama
orang, nama tempat dan nama perkara.Lutfi Abas (1971) menyatakan kata nama
sebagai kata yang terletak selepas bilangan atau bilangan serta penjodoh
bilangan.
GOLONGAN KATA NAMA
Golongan nata nama dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu kata nama khas,kata nama am dan kata ganti nama.
KATA NAMA KHAS
Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk tujuan rujukan khusus pada
sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan,
undang-undang,bangsa, pangkat dan seumpamanya.Bagi kata nama khas tulisan huruf
pertama atau awal ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada
dua iaitu nama khas hidup dan nama khas tak hidup. Nama khas pula dibahagi kepada dua kumpulan iaitu
manusia dan bukan manusia.
KATA NAMA AM
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang
umum sifatnya.Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu
hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, konkrit atau abstrak dan
berbilang atau tidak berbilang.Menurut Asraf (2007) kata nama am boleh
digunakan untuk sesuatu yang benyawa seperti manusia, haiwan, dan yang hidup
seperti tumbuh-tumbuhan.Ia juga boleh digunakan kepada sesuatu yang tidak
benyawa atau tak hidup iaitu benda, tempat dan sebagainya.
KATA GANTI NAMA
Asraf (2007) memberikan
definisi kata ganti nama sebagai kata yang mengambil tempat kata nama sebagai
pengganti. Asraf membahagikan kata ganti nama kepada lima kumpulan iaitu kata
ganti diri, kata ganti tanya, kata ganti tempat, kata ganti tunjuk dan kata
ganti tak tentu.
Manakala menurut Nik
Safiah (1996) , kata gantu nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata
nama khas dan kata nama am.Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan
kecil iaitu kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.
Kata ganti nama diri pula
dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama diri orang pertama dan dan kata
ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.
KATA KERJA
Kata kerja ialah perkataan
yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Kata kerja
menjadi binaan utama dalam frasa kerja.Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri
daripada dua jenis iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
a) KATA KERJA TRANSITIF
- Menerangkan
perbuatan yang dibuat oleh pelaku terhadap orang atau benda lain.
Mesti diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan
maksudnya.
Terbahagi kepada dua bentuk:
Bentuk aktif – menerima awalan meN- dengan atau tanpa
akhiran -kan atau –i
Contoh:- menulis memasak menyanyi mengukus menconteng menaiki membesarkan
Bentuk pasif – hasil daripada proses perubahan ayat aktif
kepada ayat pasif
Contoh:- ditulis dimasak dinyanyi dikukus
diconteng dinaiki dibesarkan
b) KATA KERJA TAK TRANSITIF
Menerangkan
perbuatan yang dilakukan oleh pelaku terhadap dirinya sendiri.
Tidak memerlukan objek atau penyambut
Terbahagi kepada dua:-
Tanpa pelengkap – dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut:-
Contoh:-
Laili bermain.
Padi menguning.
Budak itu tertawa.
Pelajar itu pulang.
Berpelengkap – mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
Contoh:-
Laili keluar dari kelas.
Sofia
menjadi guru.
Penyakitnya beransur pulih.
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu
benda, keadaan, atau perbuatan. Ada
sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik,
tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih,
biru, jingga, merah, ungu
Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar,
pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk,
bengkok
Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir,
dekat, sebelah, rapat, nyaris
Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat,
lambat, silam, segera, baharu,
Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu,
kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan,
segera, deras, laju, lincah, sering
Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis,
busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring,
gemeresik
Kata Tugas
Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas
sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas.
Contoh
|
subgolongan
|
Tugas
|
Dan, atau, tetapi, serta
Kerana, ketika, kalau
|
Gabungan
hubungan
|
Menghubungkan ayat atau klausa.
|
Aduh, amboi, wah syabas, oh, cis
|
Kata seru
|
Menunjukkan seruan
|
Mengapa bila, berapa, bagaimana
|
Kata tanya
|
Menyoal atau bertanya
|
Jangan, usah,
sila, jemput
tolong, minta, harap
|
Kata perintah
Larangan
Silaan
permintaan
|
Menimbulkan
Tindakan balas
|
Ya, benar, betul
|
Kata pembenar
|
Membenarkan sesuatu
|
Maka, hatta, adapun, syahdan
|
Kata pangkal ayat
|
Menandakan kesinambungan ayat
|
Telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum.
Hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat.
|
Kata bantu
|
Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama.
|
Amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar,
nian.
|
Kata penguat
|
Menguatkanmaksud suatu adjektif
|
-kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi
|
Kata penegas
|
Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat
|
Bukan
tidak
|
Kata nafi
|
Menafikan sesuatu
|
Ialah
adalah
|
Kata pemeri
|
Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat.
|
Di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap,
oleh, seperti, umpama, bagai.
|
Kata sendi nama
|
Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama
|
Atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam luar,
samping, timur, barat.
|
Kata arah
|
Menunjukkan arah atau hala
|
Satu, dua, sepuluh, seratus, sejuta
Banyak, sedikit, beberapa, semua, para
Sekalian, segala, seluruh
Sesetengah, separuh, dua pertiga, sepertiga
Kedua-dua, bertahun, berbakul-bakul, beratus-ratus.
|
Kata bilangan
|
Menerangkan bilangan atau jumlah
|
-nya
|
Kata penekan
|
Memberi penegasan bagi kata yang digandingi
|
-nya
|
Kata pembeda
|
Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama
|
Konsep ‘Gagasan 1 Malaysia’ dalam konteks masyarakat majmuk di negara Malaysia pada masa kini.
>> Sunday, 25 October 2015
Konsep ‘Gagasan 1 Malaysia’ dalam konteks masyarakat majmuk di negara Malaysia pada masa kini.
Pendahuluan
Matlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuah negara
bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dalam satu negara
bangsa Malaysia, malah berfikir dan bertindak ke arah mencapai
perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1Malaysia berhasrat
mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada hasrat ‘Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Gagasan 1 Malaysia menekankan sikap penerimaan
kelainan yang wujud dikalangan rakyat sebagai satu realiti hidup rakyat
Malaysia. Rakyat berbilang keturunan dan etnik di Malaysia perlu menerima
keunikan kaum yang lain, mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi
kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malah, bersedia hidup bersama dalam
keadaan saling hormat menghormati nilai-nilai dan kepercayaan kaum yang
lain. Ringkasnya, rakyat Malaysia sedia hidup sebagai satu ‘keluarga besar’
dalam satu negara hak milik bersama.
Oleh yang demikian gagasan 1 Malaysia dalam kontek masyarakat majmuk masa
kini perlu dilihat daripada beberapa aspek utama.
1-1 Malaysia daripada Aspek Perpaduan Kaum
Sesungguhnya, Gagasan 1 Malaysia lebih bertekad memfokuskan kepada aspek
psikologi atau jiwa rakyat Malayasia dalam menerima dan menerap
nilai-nilai murni seperti kekitaan, memikir
dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia,
malah mengapuskan pemikiran yang bersandarkan satu kaum atau etnik
tertentu di kalangan rakyat.
Gagasan 1Malaysia mendorong rakyat lebih mementingkan kepentingan
negara dalam perjuangan masing-masing daripada memenuhi kepentingan dan
keperluan sesuatu kaum tertentu yang tidak terhad.
Perledakan maklumat dan proses globalisasi telah
mencetuskan pelbagai cabaran dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, keturuan dan etnik. Perubahan dalam landskap politik dunia juga turut
mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam konteks perpaduan dan integrasi
antara kaum, malah dalam konteks patriotisme dikalangan golongan muda.
Sesungguhnya, perpaduan yang erat dan jati antara
berbilang kaum di Malaysia adalah prakarsa bagi bukan sahaja
menguatkan negara mengadapi ancaman globalisasai malah akan membantu
mempertahankan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang sedia terbina dan
dinikamati sejak beberapa tahun yang lalu.
Sehubungan ini, Gagasan 1 Malaysia mainkan peranan
penting sebagai alat yang membantu memastikan aspirasi negara, WAWASAN
2020 tercapai supaya Malaysia mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020.
Rakyat Malaysia , tanpa mengira keturunan,etnik,
agama malah kefahaman politik harus memahami, menghayati dan menerapkan
teras-teras perpaduan seperti penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial
dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi,
budaya ketetapan, budaya ilmu , integriti , ketabahan , kesetiaan,
kebijaksanaan dan budaya inovasi, yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia
supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, aman,damai dan
sejahtera dipersada dunia.
2-Aspek Kebebasan
Beragama
Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, namun agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaupun
agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia tetapi berdasarkan
kepada Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, setiap orang di negara ini
berhak untuk menganuti agama
masing-masing.
Konsep 1 Malaysia adalah bertepatan
dengan hak kebebasan beragama yang
diberi oleh Perlembagaan Persekutuan. Prinsip penerimaan
di bawah konsep 1
Malaysia menyeru rakyat agar menerima agama, amalan,
budaya dan cara hidup kaum
lain demi memperkukuhkan perpaduan nasional. Prinsip ini
menghargai dan
menghormati identiti, agama dan budaya yang berbeza untuk
setiap etnik di Malaysia
dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang
patut dibanggakan.
Perkara-perkara yang terbaik yang dimiliki oleh kaum di
Malaysia perlu mendapat
penerimaan daripada masyarakat di negara ini. Apabila
kaum di Malaysia menerima
agama kaum yang lain, ia secara langsung akan menerima
budaya dan cara hidup
kaum yang lain. Ini adalah kerana agama merupakan salah
satu faktor yang akan
mempengaruhi budaya dan cara hidup sesuatu kaum.
Nilai rendah diri berkait rapat dengan
prinsip penerimaan. Nilai rendah diri amat
digalakkan dalam masyarakat negara yang berbilang kaum
terutamanya dalam ajaran
agama masing-masing. Sifat rendah diri yang berhemah dan
berbudi bahasa perlu
menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Apabila kaum-kaum
di negara ini mengamalkan
nilai rendah diri, mereka akan secara ikhlas menerima
agama, budaya dan cara hidup
kaum yang lain
3-Keadilan Sosial
Prinsip keadilan sosial yang merupakan
prinsip teras yang terakhir dalam konsep
1 Malaysia menuntut bahawa setiap kaum di negara ini
harus diberi keadilan yang
sebaik mungkin tanpa mengira latar belakang ataupun
agama. Semua kaum harus
menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana
segalanya perlu
dinikmati secara bersama. Nasib semua kaum harus dibela
dan tiada mana-mana pihak
harus dipinggirkan. Prinsip keadilan sosial juga menyaran
kerajaan supaya
melaksanakan dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan
untuk membela golongan
yang memerlukan.
Prinsip keadilan sosial dalam konsep 1
Malaysia adalah disokong oleh Perkara 8
dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8 dengan
jelas mengiktiraf dan
melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi
setiap orang di negara ini dan ia
dinyatakan di bawah Fasal (1) Perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan. Walau
bagaimanapun, Fasal (2) Perkara 8 membenarkan
diskriminasi terhadap warganegara
semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat
lahir atau jantina dalam mana-mana
undang-undang atau dalam perlantikan apa-apa jawatan atau
pekerjaan di
bawah pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana
undang-undang
berhubung dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan
harta atau berhubung
dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa pertukangan,
perniagaan, profession,
kerjaya atau pekerjaan jika dinyatakan secara jelas dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Oleh yang demikian, konsep kesamarataan dalam prinsip
keadilan sosial mestilah
sejajar dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
yang membenarkan
diskriminasi dalam keadaan tertentu.
Prinsip keadilan sosial dari segi
pendidikan pula diperuntukkan dalam Fasal (1)
Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan27 yang melarang
diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan
dan tempat lahir
dalam aspek pendidikan yang antara lainnya mengenai
kemasukan pelajar ke institusi
pendidikan dan bantuan kewangan. Dari segi bantuan
kewangan (pemberian biasiswa),
nilai meritokrasi yang merupakan salah satu daripada 8
nilai utama dalam konsep 1
Malaysia digunakan bagi memastikan hanya pelajar yang
layak akan diberi bantuan
kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Dalam hal ini, Akta Orang Asli 1954 [Akta
134], telah digubal atas prinsip keadilan sosial. Ini adalah kerana hak dan
kepentingan golongan masyarakat seperti orang asli dan orang kurang upaya
sering terabai jika dibandingkan dengan masyarakat yang berada di arus perdana
di negara ini dan undang-undang yang digubal adalah untuk melindungi golongan
seperti ini. Prinsip keadilan sosial menuntut bahawa semua orang di negara ini
diberi hak yang sama dan keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan
aspek sosial.Akta 134 diwujudkan bagi memberi perlindungan kesejahteraan dan
kemajuan orang asli di Semenanjung Malaysia.
4-Aspek Nilai
Meritokrasi
Nilai meritokrasi dalam konsep 1
Malaysia menekankan persaingan terbuka
berasaskan kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang
berjaya memenuhi kriteria
tersebut berhak dipilih. Sebagai contohnya, dalam aspek
pemerolehan projek kerajaan,
pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat
melalui tender terbuka dan syarikat
yang hendak mendapat tender tersebut hendaklah memenuhi
kriteria yang ditetapkan.
Nilai meritokrasi yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia
adalah sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak
keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah
kaum-kaum lain. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menjelaskan konsep 1
Malaysia mengatakan bahawa:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan
kita
mengambil
tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara kita.
Ini bukan bererti kita mengetepikan
dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu
dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan
Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita
keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama.”.
Berdasarkan pernyataan Perdana Menteri,
dasar afirmatif dan dasar menolong kaum bumiputera di bawah Perkara 153 masih
dikekalkan asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu
pertimbangan daripada kerajaan. Nilai meritokrasi memang dilaksanakan dalam
dasar afirmatif di bawah Perlembagaan Persekutuan. Walaupun terdapat sistem
kuota untuk sesetengah perkara seperti pemberian biasiswa, lesen dan
sebagainya, namun meritokrasi masih dilaksanakan dengan memberi pertimbangan
kepada orang yang paling layak dalam kuota masingmasing. Nilai meritokrasi
mempunyai kaitan rapat dengan nilai budaya kecemerlangan dan nilai ketabahan. Pengamalan
budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan
serta pencapaian yang lebih tinggi. Penerapan nilai meritokrasi dalam nilai budaya
kecemerlangan membolehkan rakyat Malaysia memberikan yang terbaik dalam setiap
perkara dan tugas demi mencapai ke tahap
yang terbaik. Oleh yang demikian, nilai meritokrasi
memainkan peranan yang penting sebagai asas kepada budaya kecemerlangan. Nilai
meritokrasi dan nilai budaya kecemerlangan adalah adunan yang diperlukan untuk
memaksimumkan potensi Malaysia.
5-Aspek Pendidikan
Konsep 1 Malaysia menekankan pendidikan
sebagai prasyarat yang penting.
Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan
dan pengetahuan
untuk membangunkan negara. Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah
Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari
peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama. Dalam keadaan ini,
Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak berkenaan dengan
pendidikan mengiktiraf nilai pendidikan dalam konsep 1 Malaysia.
Nilai pendidikan dalam konsep 1
Malaysia disokong oleh Akta Pendidikan 1996
[Akta 550]. Akta 550 diwujudkan untuk mengadakan
peruntukan bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Tajuk
panjang Akta 550 menyatakan bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan
negara dan penyelamat bangsa. Di samping itu, Akta ini juga mengatakan bahawa
tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu,
kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi
serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan
maklumat. Berdasarkan kepada tajuk panjang Akta 550, nilai pendidikan yang
terkandung dalam konsep 1 Malaysia adalah bertepatan dengan Akta 550.
Kesimpulan
Gagasan 1 Malaysia merupakan satu gagasan besar demi meletakkan Malaysia di
puncak kejayaan.Oleh yang demikian kebajikan pelbagai kaum di Malaysia dititik
beratkan bagi menjamin keadilan daripada pelbagai aspek seperti
ekonomi,pendidikan,politik mahupun kebajikan sama ada secara langsung atau
secara persaingan yang sihat.
Dalam gagasan satu Malaysia ini, adalah
menjadi harapan kerajaan agar masyarakat majmuk
Malaysia dapat merasai nikmat kemajuan secara bersama tanpa perlu
menindas atau mengenepikan hak-hak dan kepentingan kaum lain.
.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)