Powered by Blogger.
Showing posts with label BML3043. Show all posts
Showing posts with label BML3043. Show all posts

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

>> Saturday, 12 January 2013

• 

Tiga bidang utama
 
Fonetik artikulasi – mengkaji proses yg. kita sebenarnya buat, atau tuturkan, bunyi pertuturan 
•Fonetik akustik – mengkaji properti bunyi sbg. kesan drp. variasi dalam tekanan udara 
DEFINISI
Fonetik auditori – berkaitan persepsi bunyi pertuturan: i.e bagaimana ianya didengar

Bertil Malmberg (1968)(seorang ahli fonetik  Perancis) 
Fonetik ialah pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Iaitu pengkajian yang lebih memberatkan pelahiran bahasa dan bukan kandungannya (yg. dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan dan bukan makna yang cuba disampaikan). 

J.D.O’Connor (1973)
  

Phonetics is concerned with the human noises by which
‘the message’ is actualized or given audible shape: the
nature of those noises, their combinations, and their
functions in relation to the message. 
Fonetik ialah Ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia.Bunyi bunyi yang dapat didengar ini kemudiannya diberi bentuk (fonem) yang biasa terdapat dalam bahasa masyarakat itu sendiri.





Read more...

KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU

Fonetik dan Fonologi Bahasa Malaysia

DEFINISI FONETIK
Bertil Malmberg ( 1968 ) iaitu seorang ahli fonetik Perancis telah mendefinisikan fonetik sebagai
pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Menurutnya lagi,fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkan
penglahiran bahasa bukan kandungannya. Hal ini bermaksud perkara yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan, bukannya makna yang cuba disampaikan.

DEFINISI FONEM
(a) Fonem ialah unit terkecil dan abstrak yang membezakan makna dan fungsinya.
(b) Menurut kamus dewan edisi keempat, fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang boleh
membezakan makna kata.
(c) Contohnya dapat dilihat dalam perkataan palang /pala / [pala ], galang /gala / [gala ].
Dalam hal ini, konsonan /p/ dan /g/ dianggap sebagai fonem yang berbeza.

(A) FONEM MAJMUK (COMPOUND PHONEME)
(i) Gabungan fonem vokal dalam satu suku kata.
(ii) Contohnya diftong /ai/, /au/ dan /oi/ sebagai satu unit fonologi.

(B) FONEM PENGGALAN (SEGMENTAL PHONEME)
(i) Terhasil daripada analisis pertuturan kontinum kepada penggalan yang bererti.
(ii) Contohnya, /p/ /a/ /l/ /a/ / / palang


DEFINISI VOKAL
(a) Vokal merupakan segmen bunyi yang dihasilkan apabila udara ditekan keluar dari paru-paru dengan menggetarkan pita suara tanpa penyekatan udara yang signifikan di ruang oral.
(b) Pengkelasan vokal BM adalah berdasarkan kepada
sistem kardinal yang telah dihasilkan oleh Daniel Jones (1956).
(c) Menurut Farid Onn(1980), vokal BM terbahagi kepada 6 iaitu /a/, /e/, /o/, /u/, / / dan /i/

DEFINISI KONSONAN
•Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Terdapat 2 jenis konsonan dalam BM iaitu konsonan oral dan konsonan nasal. Konsonan oral terhasil melalui rongga oral dan konsonan nasal terhasil melalui rongga nasal. 
 
•Konsonan BM terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli BM ialah konsonan yang sedia ada pada penutur Melayu itu sendiri dan tidak melalui sebarang perlakuan adaptasi. 
 
 

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP