TEORI MOTIVASI TIMUR DAN BARAT
>> Tuesday, 22 January 2013
PENGENALAN
Teori Timur dan Teori Barat sering diperdebatkan
untuk mencari kebenaran teori yang manakah yang lebih baik dan sesuai diguna
pakai. Pelbagai teori juga telah dikemukakan oleh barat dan timur berkaitan
dengan pelajaran.Antara teori timur dan barat yang boleh dibincangkan berkaitan
pelajaran di sekolah ialah teori psikologi motivasi.
PENGERTIAN TEORI
Teori merupakan antara
perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi
pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus
kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan
prinsip-prinsip tertentu.Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita,
malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau
bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin
tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah yang dimaksudkan dengan teori?
• Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang
teori, iaitu :
“ … set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan
untuk menjelaskan sesebuah data
dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang” .
• Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set
pernyataan sejagat yang ada pertalian
antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan
pernyataan yang menggambarkan
pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga
mengandungi ayat-ayat yang
menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan beru.
• Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai
andaian-andaian ataupun hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan
kajian.
Maksud Teori Pembelajaran
Definisi :
Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran,
bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi
proses pembelajaran.
Fungsi-fungsi teori pembelajaran
1) Mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik.
- Pendekatan kepada satu bidang pengetahuan, memberi panduan
kepada:
• apa yang harus dikaji
• pemboleh ubah yang terlibat
• teknik kajian
• cara menghuraikan hasil kajian.
2) Menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan
hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas.
3) Menghurai dan memberi kesimpulan tentang erti
pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan
faktor-faktor yang mempengaruhinya.
Definisi Motivasi
Secara umumnya pengertian konsep motivasi dapat
dijelaskan sebagai keadaan dalaman diri yang membangkit, menguasai dan
mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu (Woolfolk,
1998). Apabila membincangkan konsep
motivasi, ahli Psikologi memberi fokus kepada beberapa persoalan asas (Graham
& Weiner, 1996; Pintrich, Marx, & Boyle, 1993) seperti berikut:
Bagaimanakah pemilihan ke atas sesuatu itu dibuat
yang kemudiannya menentukan tingkahlaku? Sebagai contohnya mengapakah
sebahagian daripada pelajar memilih untuk belajar, dan dalam masa yang sama ada
pula yang memilih untuk menonton tv?
Apabila seseorang itu telah mengambil keputusan untuk membuat sesuatu,
berapa lamakah masa yang diambil untuk memulakannya? Mengapakah ada pelajar
yang terus bertindak apabila telah
membuat keputusan untuk belajar, tetapi ada pula yang menangguh tindakan setelah membuat keputusan?
Apakah tahap penglibatan, atau kesungguhan
seseorang pelajar itu dalam melaksanakan aktiviti yang telah dipilih? Adakah
pelajar memberi konsentrasi sepenuhnya atau sebaliknya buat sambil lewa sahaja?
Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar itu
terus berusaha dan yang lain pula mudah menyerah kalah?
Apakah yang dirasa dan difikirkan semasa seseorang
itu sedang belajar? Adakah dia merasa tenang dan dapat menumpukan sepenuh
perhatian kepada apa yang sedang dipelajarinya, atau lebih banyak
memikirkan tentang masalah kewangannya
yang belum juga dapat diselesaikan itu?
Konsep dan Jenis Motivasi: Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik
Apakah perkara yang menggerak dan menentukan
tingkah laku seseorang itu? Antara traits yang selalu dikaitkan dengan konsep
motivasi ialah : Keinginan (drives), keperluan (needs), insentif,
rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan
diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity),
kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan berbagai
lagi.
Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan
ciri-ciri individu atau traits. Sebagai contohnya, ada pelajar yang bertindak
melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang tinggi untuk berjaya; tetapi ada
pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal; mungkin juga mereka bertindak
kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu, dan mungkin pula semata-mata disebabkan rasa bertanggung
jawab kepada kedua ibubapa yang menaruh harapan begitu tinggi terhadap mereka.
Ada pula ahli Psikologi yang berpendapat bahawa
konsep motivasi dirujukkan kepada keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja.
Sebagai contoh, semua pensyarah yang mengikuti kelas psikologi berusaha memberi
sepenuh perhatian terhadap kuliah hari itu kerana mereka tahu apa yang diajar
penting untuk ujian kenaikan pangkat. Pada dasarnya, motivasi yang terbentuk
pada sesuatu ketika itu adalah gabungan antara traits diri dan keperluan pada
masa itu. Persoalan yang boleh diajukan kepada diri sendiri: Adakah saya berada
dalam bilik kuliah hari ini disebabkan saya menghargai ilmu, atau adakah kerana
saya perlu menduduki ujian?
Satu kesimpulan boleh dibuat bahawa motivasi
bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran yang
masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
a) Motivasi Intrinsik
Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor dalaman
diri seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu, dan rasa kepuasan diri. Jenis
motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman (intrinsik). Ia juga merupakan
ciri semula jadi manusia, atau tabii manusia, untuk cuba mengatasi segala
cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve, 1996).
Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak memerlukan
apa-apa insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah
dapat memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Mengikut
Raffini (1996), motivasi intrinsik merupakan ‘…what motivates us to do
something when we don’t have to do anything (p.3).’
b) Motivasi
Ekstrinsik
Jenis motivasi ini
dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran seperti hadiah
atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman, dan lain-lain. Jenis motivasi ini
dikenali sebagai ekstrinsik atau motivasi luaran. Motivasi ekstrinsik adalah
berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang dibuat adalah
bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, atau untuk dipuji, atau untuk mengelak
daripada hukuman, atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi,
atau apa sahaja sebab selain daripada untuk pemenuhan kendiri. Hakikatnya seseorang itu tidak
sebenarnya berminat untuk melakukan aktiviti itu, tetapi sebaliknya semata-mata
untuk mendapat ganjaran.
Teori Motivasi Menurut Perspektif Islam
Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang
lalu telah datang dengan teori-teori pendidikan (termasuk motivasi) yang
komprehensif bersumber Al-Quran dan As Sunnah (Muhanna, 1990). Menurut
Baharuddin (2005) di antara perkara utama yang membezakan di antara psikologi
Islam dan Barat adalah persoalan tentang manusia.
Perbezaan pandangan tentang manusia di kalangan ahli
Psikologi Barat sendiri telah
melahirkan berbagai-bagai teori yang berkembang di Barat.
Psikologi Islami telah
membangunkan teori dan konsep tentang manusia bersumberkan
kitab suci Al Quran yang
menyeluruh meliputi:
1)Jasmaniah (tubuh
fizikal)
2)Nafsiah (Al-nafsu, al-‗aql dan al-qalb) dan
3)Ruhaniah.
Manakala Psikologi Barat
hanya membincangkan aspek jasmaniah (tubuh
badan) dan aspek nafsiah sahaja dan aspek rohaniah tidak
terjangkau di dalam psikologi
Barat. Sebagai contohnya Psikologi Fisiologi dan
behaviorisme hanya membincangkan aspek
jasmaniah ; Psikoanalisa Sigmund Freud hanya membincangkan
aspek nafsiah ; manakala
teori Humanistik hanya membincangkan aspek Jasmaniah dan
Nafsiah sahaja (Baharuddin,
2005). Walaupun Psikologi Humanistik dan Tranpersonal telah
mengakui spiritual sebagai
sebahagian dari elemen psikologi namun spirit yang
dimaksudkan bukan seperti yang
dijelaskan dalam pandangan agama.
Ajaran Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW telah mengandungi teori-teori
pendidikan dan psikologi (termasuk motivasi) yang
komprehensif (Muhanna, 1990). Konsep-konsep motivasi ini telah lama
diaplikasikan di dalam pendidikan di dalam dunia Islam dan
para sarjana Islam telah menulis mengenai mengenainya
(psikologi manusia dan motivasi)
secara intensif walaupun istilah psikologi tidak wujud pada
ketika itu (Haque, 2004).
Menurut Haque (2004) di dalam penulisan-penulisan sarjana
Islam istilah nafs (self or soul)
digunakan. Nafs merangkumi
topik yang luas iaitu qalb(hati),
ruh, aql(intelek/kognitif) dan
irada (kehendak). Sebagai contohnya Al-Ghazali(2007)
(1058-1111 masihi, 450-505 hijrah)
telah mengemukakan teori keperluan (fitrah) dan personaliti
(Mook Soon Sang, 2009) jauh
lebih awal dari teori yang telah dikemukakan oleh
Maslow(1970). Haque (2004) pula telah
menyenaraikan sebahagian tokoh sarjana Islam yang menyumbang
di dalam bidang ini iaitu
1) Al Ash‘ath Bin Qais Al-Kindi (801–866), 2) Ali Ibn Sahl
Rabban At-Tabari (838–870), 3)
Abu Zaid Al-Balkhi (850–934), 3) Abu Bakr Mohammad Ibn
Zakariya Al-Razi (864–932), 4)
Abu Nasr Mohammad Ibn Al-Farakh (Al-Farabi) (870–950), 5)
Abul Hasan Ali Abbas Almajusi (D. 995), 6) Ikhwan Al-Safa: The Bretheren of Purity (10th century
A.D.), 7) Abu Ali Ahmad B. Muhammad B. Ya‘kub Ibn Miskawayh (941–1030), 8) Abu ‗Ali
Al-Husayn B.‗Abd Allah Ibn Sina (980–1037), 9) Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali
(1058–1111), 10)
Abu Bakr Mohammed Bin Yahya Al-Saigh Ibn Bajjah (1095–1138),
11) Ibn Al-Ayn Zarbi
(D. 1153), 12) Abu Bakar Muhammad Bin Abdul Malik Ibn Tufayl
(1110–1185), 13) Abu‘l
Walid Muhamad Bin Ahmad Ibn Rushd (1126–1198), 14) Fakhr
Al-Din Muhammad Umar
Al Razi (1149/50–1209) dan 15) Muhyid-Din Muhammad Ibn Ali
(Ibn Arabi) (1164–1240).
Ali Ibn Sahl Rabban At-Tabari sebagai contohnya adalah
merupakan pelopor dalam bidang
perkembangan kanak-kanak menerusi bukunya Firdaus Al Hikmah.
Abu Zaid al-Balkhi pula
merupakan ahli psikologi kognitif dan perubatan yang pertama
yang telah berjaya
membezakan dengan jelas di antara neuroses dan psychoses (Haque,
2004). Ahli psikologi
Muslim yang terkini juga telah membincangkan mengenai
teori-teori motivasi menurut
perspektif Islam.
Najati (2001, 2006)- Motivasi
dalam Al Quran dan hadis Nabi
Najati (2001) telah mengemukakan
teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan yang telah digunakan oleh Al Quran
dan kaedah pendidikan yang digunakan oleh Nabi Muhammad
S.A.W (Najati, 2006). Najati telah
membincangkan teori motivasi di dalam Al Quran dalam
bentuk :
1)motivasi fisiologi seperti motivasi
menjaga kelangsungan hidup dan motivasi menjaga keturunan,
2)Motivasi kejiwaan/spritual seperti
motivasi kejiwaan, motivasi spritual,
3) Motivasi tidak sedar
4)konflik di antara motivasi-motivasi
5)kaedah untuk mengawal motivasi
6)penyimpangan motivasi-motivasi.
Najati (2001) juga telah membincangkan
di antara kaedah yang digunakan di dalam Al-Quran adalah untuk menimbulkan
motivasi pembelajaran seperti:
i. Menimbulkan Motivasi dengan
Memberikan Harapan (targhib) dan Ancaman(tarhib).
Manusia cenderung melakukan
perbuatan yang menyeronokkan dan menjauhi perbuatan yang menyakitkan. Banyak
eksperimen yang telah dilakukan oleh ahli psikologi moden tentang perkara ini.
Ayat-ayat targhib di dalam
Al-Quran yang menerangkan tentang kenikmatan syurga akan membangkitkan
cita-cita umat Islam untuk mendapatkan kenikmatan ini dan berpegang teguh pada
takwa manakala ayat-ayat tarhib yang menerangkan tentang siksa neraka akan
membuatkan mereka menjauhi segala perbuatan dosa. Penggunaan kedua-dua kaedah
ini secara bersama adalah lebih berkesan berbanding dengan hanya menggunakan
salah satu kaedah sahaja.
ii. Membangkitkan motivasi dengan
kisah-kisah
Melalui cerita Al Quran memberi
nasihat dan membimbing serta mendidik manusia berbagai pelajaran dan hikmah.
Menurut Najati (2001) kebiasaannya kisah di dalam Al Quran dimulai dengan
ringkasan cerita diikuti dengan penceritaan kisah secara mendalam. Contohnya
seperti kisah Ashabul Kahfi. Ada juga kisah yang dimulai dengan menyebut akibat
dan tujuan terlebih dahulu sebelum kisah diceritakan.
iii. Memanfaatkan peristiwa-peristiwa
penting
Peristiwa-peristiwa dan
masalah-masalah merupakan salah satu faktor yang dapat membangkitkan motivasi.
Al Quran telah menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang dilalui oleh umat
Islam terdahulu dan penyelesaian masalah yang telah diambil sebagai panduan
kepada umat kini. Kepentingan memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting ini juga
boleh dilihat dari sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al Quran (asbabunnuzul).
Kebanyakkan ayat Al Quran juga diturunkan bertepatan dengan peristiwa penting
yang berlaku pada ketika itu. Menurut Najati, motivasi adalah merupakan
sebahagian daripada prinsip-prinsip pembelajaran yang telah digunakan di dalam
Al Quran dan Rasulullah di dalam mendidik umat Islam. Oleh yang
demikian bahagian yang seterusnya akan
membincangkan prinsip-prinsip pembelajaran ini.
a-Ganjaran (reward)
Najati (2006) juga telah
membincangkan mengenai penghargaan/ganjaran (reward) di dalam pembelajaran
pendidikan. Bentuk-bentuk ganjaran yang digunakan oleh Al-Quran dan
Rasulullah tidak hanya berbentuk
kebendaan tetapi juga di dalam bentuk abstrak seperi
pujian, penghargaan dan motivasi. Dari
segi jangkamasa ganjaran pula, terdapat tiga bentuk
yang digunakan oleh Al Quran dan
Rasulullah iaitu
1)pemberian ganjaran secara serta merta
contohnya Rasulullah SAW telah
memerintahkan agar bayaran upah pekerja hendaklah di
bayar sebelum kering peluh pekerja.
2)menangguhkan pemberian ganjaran dalam tempoh
jangka panjang ,contohnya :ganjaran bagi orang yang berbuat kebaikan ialah
syurga.
3)pemberian ganjaran tanpa menetapkan
batasan masa yang jelas sebagai contohnya malam
lailatur Qadar yang bersamaan dengan
ganjaran seribu bulan tidak dinyatakan masanya
dengan jelas. Menurut Najati (2006)
perkara ini dapat merangsang motivasi umat Islam
untuk beramal sepanjang bulan Ramadhan
terutama sepuluh malam yang terakhir.
b-Pembahagian
waktu belajar
Di antara prinsip-prinsip
pembelajaran yang digunakan oleh Al Quran ialah pembelajaran
hendaklah di selangi dengan waktu rehat
(Najati, 2001, 2006). Perkara ini dapat dilihat
apabila Al Quran sendiri diturunkan
dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Rasulullah sendiri
mendidik dan memberikan nasihat di
dalam selang masa ini bagi mengelakkan para sahabat
berasa jemu atau bosan.
c-Bertahap
didalam mengubah tingkah-laku
Di dalam pendidik bangsa Arab yang
sudah terkenal dengan tradisi buruk yang telah
mengakar umbi di dalam masyarakat
mereka Rasulullah SAW telah menggunakan kaedah
iaitu :
1)kaedah penanaman iaitu menamkan
keimanan di dalam diri manusia
2)menggunakan kaedah
bertahap didalam pendidikan contohnya seperti pengharaman arak telah melalui
tiga fasa iaitu larangan menjauhinya, larangan bersolat
ketika solat dan larangan secara mutlak.
d-Pengulangan
Al Quran dan Rasulullah SAW
menggunakan prinsip pengulangan ketika mendidik manusia.Sebagai contohnya
Rasulullah akan mengulangkan sehingga tiga kali sehingga para
sahabatbenar-benar memahami ajaran yang disampaikan. Menurut Najati (2001)
pengulangan kisah-kisah di dalam Al Quran bukanlah pengulangan secara total
melainkan hanya menyebut
beberapa peristiwa pada suatu kisah
yang sesuai dengan kandungan surah itu. Apabila
berlaku pengulangan serangkai kisah,
biasanya akan dikemukan sesuatu yang baru dan
berlaku perubahan didalam susunan ayat
atau perbezaan pada cerita permualaan atau akhiran
sesuai dengan tuntutan ungkapan yang
dimaksudkan di dalam kisah tersebut.
e- Menarik
perhatian
Al Quran telah menyentuh akan peri
pentingnya memberikan perhatian kepada pendidikan yang disampaikan. Beberapa
kaedah juga telah digunakan Al Quran untuk menarik perhatian orang yang
membacanya sebagai contohnya dengan menggunakan perumpamaan-perumpamaan, memulakan
surah dengan huru-huruf hijaiyah seperti Alif Lam Mim,
penggunaan sumpah di permulaan ayat,
susunan kata di dalam Al Quran berbeza dengan
adanya i‘jaz balaghah serta alunan
muzik yang dapat membangkitkan perasaan dan menarik
perhatian.
f-Berperanan
aktif
Ajaran Islam meminta umatnya
berperanan aktif dengan mengamalkan sendiri ilmu-ilmu
yang telah dipelajarinya. Terdapat
banyak ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perlunya
iman yang diiringi dengan amal soleh.
Alizi & Mohamad Zaki (2005):
teori motivasi Islam berteraskan jihad
Alizi & Mohamad Zaki (2005) telah
membincangkan mengenai pandangan Islam tentang konsep-konsep motivasi bermula
dengan keperluaan asas yang diperlukan oleh manusia seperti lapar, kehausan,
seks, kuasa, pencapaian, penghargaan, kerohanian/agama, dan
peranan keimanan di dalam motivasi.
Beberapa teori-teori motivasi juga telah dinilai
berdasarkan pandangan Islam seperti
teori hiraki keperluan Maslow dibandingkan dengan
Maqasid
Shar`iyyah. Alizi & Mohamad Zaki telah
mengemukakan teori mengemukakan
teori penggunaan prinsip-prinsip
motivasi Islami yang berteraskan Jihad (bersungguhsungguh
di dalam membuat sesuatu) dan
mengandungi elemen keimanan dan agama.
Alawneh (1999): Model Motivasi Takwa
Teori motivasi yang lebih
komprehensif telah dikemukan oleh Alawneh (1999). Alawneh
telah mengemukakan motivasi menurut
paradigm Islam yang berasaskan kepada kefahaman
manusia tentang tujuan penciptaannya
dan kemudiannya di kaitkan dengan konsep-konsep
asas Islam seperti takwa, iman, khalifah dan taubat dan
kaitannya dengan jenis-jenis motivasi
yang berlainan. Alawneh juga telah
mengemukakan satu model motivasi takwa.
Zaleha & Hassoubah (2008):
Model Motivasi Membelajaran 4Ms
Zaleha & Hassoubah (2008) pula
telah mengemukakan satu model motivasi pembelajaran
4Ms +Triple S = GOALS. Di mana 4M adalah Muhasabah, Muraqabah, Mutabaah,
Mujahadah dan
Triple S adalah Smart , Study, dan Strategies.
Pendekatan Dalam
Kajian Motivasi Barat
Terdapat pelbagai teori dan kajian untuk membincangkan
konsep motivasi barat.Ada kajian yang dibuat dalam makmal dengan menggunakan
binatang; ada pula kajian yang dibuat ke atas manusia dalam makmal atau klinik
psikologi. Perbincangan di sini akan hanya memfokaskan kepada kajian yang boleh
diaplikasikan kepada pembelajaran dalam bilik darjah.
Terdapat EMPAT pendekatan utama
dalam mengkaji konsep motivasi:
- Pendekatan Behaviourisme atau Tingkahlaku
- Pendekatan Humanistik atau Kemanusiaan
- Pendekatan Kognitivisme
- Pendekatan Pembelajaran Sosial
a)
Motivasi dan Pendekatan Behaviuorisme atau Tingkahlaku
Dalam pendekatan ini, konsep motivasi dikaitkan secara
jelas dengan prinsip ganjaran dan peneguhan.Tingkahlaku yang telah diberikan
peneguhan pada masa yang lalu diandaikan lebih berkemungkinan diulangi
berbanding dengan tingkahlaku yang tidak diberikan peneguhan atau yang telah
dikenakan hukuman.
Dalam pendekatan ini, soalan-soalan yang selalu
ditanyakan adalah seperti berikut: Mengapakah ada di kalangan mahasiswa yang
semakin tercabar dan semakin gigih berusaha apablia menghadapi kegagalan,
tetapi sebaliknya ada pula yang terus merasa kecewa dan mengundur diri?
Mengapakah pula ada di kalangan pelajar yang berusaha keras hanya semata-mata
untuk memenuhi harapan kedua ibu bapa, dan ada pula yang belajar semata-mata
kerana minat terhadap mata pelajaran itu? Mengapakah ada mahasiswa yang berjaya
mencapai kejayaan lebih baik daripada jangkaan kemampuannya, dan ada pula yang
sebaliknya?
Untuk memahami persoalan seperti ini, ahli-ahli kaji
behaviourisme menerangkan motivasi melalui konsep ‘peneguhan/ganjaran’ dan ‘insentif’.
Ganjaran ialah objek atau situasi yang menarik yang diperolehi hasil daripada
sesuatu perbuatan atau tingkahlaku. Insentif pula ialah objek atau situasi yang
menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkah laku itu diulang. Sebagai contoh,
janji untuk memberi Sijil Dekan kepada mahasiswa yang berusaha dengan gigih dan
mendapat PNGK 3.5 ke atas adalah satu insentif kepada pelajar. Mendapat gred A
juga adalah merupakan satu ganjaran dari usaha yang gigih. Oleh itu dari
kacamata ahli behaviourisme, bagi memahami motivasi mahasiswa untuk mencapai
gred cemerlang, maka perlulah dibuat satu analisis yang teliti berkenaan dengan
sistem insentif dan ganjaran yang terdapat dalam masyarakat, sebagai contoh,
kaitan antara peluang kerjaya dengan pencapaian akademik yang cemerlang.
Seterusnya, jikalau kita secara konsisten memberi
ganjaran kepada sesuatu tingkahlaku yang diharapkan, dengan secara tidak
langsung kita akan membentuk kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertindak
dengan cara yang tertentu. Sebagai contoh, jikalau para pelajar yang aktif
dalam bidang sukan diberikan ganjaran dalam bentuk pujian, wang ringgit,
privilege, atau kedudukan tertentu kerana peranan mereka sebagai juara sukan di
peringkat sekolah, maka dengan sendirinya mereka akan berusaha mempergiatkan
usahanya dalam bidang sukan berbanding dengan bidang akademik bagi tujuan
mendapatkan segala ganjaran itu.
b) Motivasi dan Pendekatan
Humanistik
Pendekatan ini juga dikenali sebagai ‘third-force’ di
awal tahun 1940an sebagai gerak balas terhadap dua pendekatan yang dominan pada
masa itu, iaitu behaviuorisme dan psikoanalisis Freud. Pelopor bidang humanistik seperti Abraham
Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa kedua-dua pendekatan behaviuorisme
dan psikoanalisis tidak dapat menerangkan dengan sepenuhnya mengapa seseorang
itu bertindak.
Pendekatan humanistik mencuba menunjukkan bahawa keinginan intrinsik
seseorang itu adalah digerakkan oleh keperluan untuk mencapai “self-actualization” (Maslow, 1968, 1970),
“inborn actualizing tendency” (Rogers & Freiberg, 1994), atau keperluan
kepada “self-determination” (Deci, Vallerand, Pelletier, & Ryan,
1991).
Pada dasarnya teori ini berpegang kepada kepercayaan
bahawa manusia dilahirkan dengan keinginan untuk berusaha memenuhi potensi yang
ada pada mereka. Dalam pendekatan ini, memotivasikan pelajar adalah bermakna
memberi ransangan kepada resos dalaman yang ada pada setiap orang, iaitu
antaranya rasa kompeten diri, harga diri, autonomi, dan pemenuhan kendiri.
Kajian mendapati pendekatan ini mencuba menonjol ‘self-esteem movement’, iaitu
satu pendekatan yang kontroversi dalam memenuhi keperluan pelajar untuk
mendapatkan kedudukan sosial melalui
persoalan harga diri dan digniti para pelajar.
c)
Motivasi
dan Teori Kognitivisme
Pendekatan ini mencuba menunjukkan bahawa keinginan
mengekalkan imej kendiri adalah merupakan satu kuasa motivasi yang kental.
Banyak daripada tingkahlaku kita adalah bertujuan untuk mengekalkan standard
yang kita kenakan pada diri kita sendiri. Contohnya jikalau kita merasa diri
kita orang yang amanah dan bertanggungjawab, maka kemungkinan besar segala
perbuatan kita akan mengambilkira nilai dalam diri kita ini, walau pun dalam
keadaan di mana tidak ada seorang pun yang memerhatikan kita, kerana kita mahu
kekalkan imej kendiri kita itu. Jikalau kita percaya diri kita cerdik dan
berkebolehan tinggi, maka kita akan bertindak cara yang sepatutnya bagi
menentukan kita sentiasa dalam keadaan selesa dengan imej kendiri itu. Walau
bagaimanapun tidak dinafikan adakalanya dalam keadaan tertentu perbuatan kita
bercanggah dengan imej kendiri serta nilai dan kepercayaan kita kerana menjaga sesuatu kepentingan.
Pendekatan ini juga adalah hasil daripada rasa tidak puas
hati terhadap pendekatan behavioursme. Ahli-ahli dalam bidang ini percaya
bahawa setiap tindakan kita adalah ditentukan oleh pemikiran kita, bukan hanya
disebabkan oleh kita diberikan ganjaran atau telah dihukum dengan melakukan
perbuatan itu (Schunk, 1996; Stipek, 1993). Setiap tingkah laku yang dibuat
adalah hasil daripada perancangan (Miller, Galanter, & Pribram, 1960),
matlamat (Locke & Latham, 1990), skema (Ortony, Clore, & Collins,
1988), pengharapan (Vroom, 1964), dan atribusi (Weiner, 1992). Andaian yang
dibuat dalam pendekatan ini ialah respon yang diberikan oleh kita bukan disebabkan
oleh situasi luaran atau keadaan fizikal tetapi sebaliknya berdasarkan
interpretasi ke atas situasi dan kejadian ini. Sebagai contoh, apabila kita
begitu terlibat dalam sesuatu projek kita lupa makan, dan tidak pula terasa
lapar sehinggalah kita melihat jam pada masa itu. Dalam pendekatan ini manusia
dilihat sebagai aktif dan tinggi rasa ingin tahu, dan sentiasa mendapatkan
maklumat untuk menyelesaikan persoalan personal yang relevan. Manusia bekerja
keras kerana mereka suka bekerja dan kerana mereka ingin memahami apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Ini bermakna pendekatan kognitif menekankan
motivasi intrinsik yang ada dalam diri seseorang itu.
d)
Motivasi dan Pendekatan Pembelajaran Sosial atau Teori Personaliti
Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan
behaviourisme dan kognitivisme. Ia mengambil kira penekanan ahli behaviorisme
ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku, dan minat ahli kognitif pula ke
atas impak hasil dari kepercayaan dan pengharapan seseorang itu. Pendekatan ini boleh diringkaskan sebagai
teori ‘pengharapan x nilai’. Ini bermakna bahawa motivasi adalah
gabungan antara dua kekuatan, iaitu pengharapan seseorang itu untuk sampai ke
matlamat yang ditujunya, dan nilai matlamat itu untuk dirinya. Dengan lain
perkataan, persoalan yang mungkin akan ditanya ialah “ Jikalau saya
sungguh-sungguh berusaha, bolehkah saya berjaya?” dan “ Jikalau saya berjaya,
adakah hasilnya akan membawa kebahagiaan kepada kehidupan saya?”. Di sini,
motivasi dilihat sebagai gabungan antara dua elemen penting, iaitu ‘kejayaan’
dan ‘kebahagiaan hidup’, dan jikalau salah satu daripadanya tidak ada, maka
kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi
lemah dan tidak signifikan lagi.
Teori Motivasi Al-Ghazali
a-Struktur Jiwa
Menurut Al-Ghazali jiwa manusia dalam tiga dimensi,
iaitu dimensi bahan, dimensi nabati,
dimensi hewani, dan dimensi
manusia. Dalam struktur tigadimensi dari jiwa manusia terdiri al-qalb, al-ruh,
al-nafs, dan al-aql. Keempat unsur dalam satu pengertian Latifah iaitu kon atau
al-ruh al-rabbaniyyah yang merupakan esensi manusia yang memiliki kekuatan
melihat, mengetahui dan mengenali, dan sekaligus menjadi tempat
pertanggungjawaban atas tindakan yang ia lakukan.
b-Junud al-Qalb sebagai unsur motivasi
Menurut Al-Ghazali terjadi kerana perilaku peranan Junud al-Qalb atau tentera hati. Pada manusia ada dua kumpulan al-Qalb Junud, iaitu bentuk fizikal dari tubuh yang berperanan sebagai alat dan yang psikis. Alam psikis wujud dalam dua cara iaitu syhawat dan ghadlab yang berfungsi sebagai kekuatan pendorong (kehendak Tuhan). Nafsu mendorong untuk melakukan sesuatu (motif mendekat) dan ghadlab digalakkan untuk menjauh dari sesuatu (motif menjauh). Tujuan dari perilaku ini adalah untuk mendapatkan kepada Allah. Tapi dalam praktiknya perlakuan ini dibagi ke dalam ammarah hieraki motivasi (hedonistik), motivasi Lawwamah (skeptik), dan motivasi Muthmainnah (spiritualitas).
Menurut Al-Ghazali terjadi kerana perilaku peranan Junud al-Qalb atau tentera hati. Pada manusia ada dua kumpulan al-Qalb Junud, iaitu bentuk fizikal dari tubuh yang berperanan sebagai alat dan yang psikis. Alam psikis wujud dalam dua cara iaitu syhawat dan ghadlab yang berfungsi sebagai kekuatan pendorong (kehendak Tuhan). Nafsu mendorong untuk melakukan sesuatu (motif mendekat) dan ghadlab digalakkan untuk menjauh dari sesuatu (motif menjauh). Tujuan dari perilaku ini adalah untuk mendapatkan kepada Allah. Tapi dalam praktiknya perlakuan ini dibagi ke dalam ammarah hieraki motivasi (hedonistik), motivasi Lawwamah (skeptik), dan motivasi Muthmainnah (spiritualitas).
Teori Hierarki Keperluan Maslow
Teori
Maslow (Teori Hierarki Keperluan Maslow) sering digunakan untuk meramal tingkah-laku
orang dalam kelompok atau organisasi, dan bagaimana memanipulasi atau membentuk
tingkahlaku tersebut dengan cara memenuhi keperluannya. Ianya bertolak dari dua
andaian dasar iaitu :
- Manusia selalu mempunyai keperluan untuk berkembang dan maju;
- Manusia selalu berusaha memenuhi keperluan yang lebih pokok terlebih dahulu sebelum berusaha memenuhi keperluan lainnya, bermaksud keperluan yang lebih asas harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum keperluan tambahan yang lebih tinggi mengendalikan tingkah laku seseorang.
Yang
penting daripada pemikiran Maslow ini adalah keperluan yang telah dipenuhi
( sebahagian
atau keseluruhan) akan berhenti daya motivasinya, kemudian motivasinya
berpindah ke upaya untuk memenuhi keperluan lainnya yang lebih tinggi.
Pemahaman
tentang adanya hubungan yang erat antara tingkah laku dan keperluan adalah
penting untuk dapat mencipta kepuasan atau mengurangi ketidakpuasan individu
anggota kelompok.
Melalui
pengamatan terhadap tingkahlaku anggota kelompok dan dikaitkan dengan tingkat
keperluannya, maka dapat dilakukan tindakan tertentu oleh anggota lainnya atau
oleh pimpinan kelompok dalam rangka membentuk sebuah kelompok yang jitu.
Teori McClelland
Teori
McClelland adalah teori motivasi yang berhubung erat dengan proses belajar.
l
Ia mengemukakan
bahawa keperluan individu merupakan sesuatu yang dipelajari dari lingkungan
kebudayaannya.
l
Orang yang
tidak pernah melihat dan mendengar tentang televisyen, tidak akan pernah
termotivasi untuk memiliki televisyen.
l
Oleh itu,
motivasi yang bersumber dari adanya upaya untuk memenuhi keperluan, merupakan
sesuatu yang dapat dipelajari dan diajarkan.
l
McClelland
membahaskan tiga jenis keperluan iaitu :
1.
n-Ach (need for
achievement), iaitu keperluan individu kepada prestasi
2.
n-Aff (need for
affiliation), iaitu keperluan individu kepada teman
3.
n-Pow (need for
power), iaitu keperluan individu kepada kekuasaan.
Tinggi atau
rendahnya tingkat keperluan seseorang akan menentukan kuat atau lemahnya
motivasinya untuk mencapai tujuan tersebut.
Mereka
yang mempunyai n-Ach tinggi lebih senang menetapkan sendiri tujuan hasil kerja
yang akan dicapai, dengan mengukur kemampuan sendiri, kerja yang efisien serta
bertanggungjawab terhadap penyelesaian masalah yang ada.
Kesimpulan
Walaupun telah terdapat
beberapa model motivasi yang telah digunakan cenderung kepada pandangan
penulis-penulis dari barat. Kekosongan juga telah dilihat di dalam teori-teori
ini, di mana kebanyakkan ahli-ahli psikologi barat hanya membincangkan motivasi
dalam aspek disekitar aspek jasmani, kognitif dan emosi tetapi meninggalkan
aspek rohani.Kertas kerja ini telah membincangkan beberapa teori motivasi yang
telah dikemukakan oleh penulis Islam dan Barat . Tinjauan literatur yang
dilakukan menunjukkan Islam telah lama mengemukakan teori-teori motivasi di
dalam mendidik umat Islam walaupun dengan menggunakan istilah yang berlainan.
Sesungguhnya motivasi yang
menggabungkan teori-teori motivasi yang telah dikemukakan oleh penulis
Barat dan Timur ( Islam ) merupakan satu alternatif bagi
mengisi kekosongan yang terdapat di dalam teori-teori motivasi barat dan lebih
sesuai untuk digunakan di dalam budaya tempatan.
Read more...