PERKEMBANGAN AWAL KONSEP PENDIDIKAN SENI
>> Tuesday, 8 January 2013
PERKEMBANGAN AWAL
KONSEP PENDIDIKAN SENI
PENGENALAN
Pendidikan Seni
Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti
seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan
dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,
membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional.
Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada
daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas,
murid dapat diterapkandengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya
dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup.
Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
PENGERTIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dalam Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah, anda patut lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Dalam proses ini, anda boleh menyentuh mengenai perasaan estetik dan
daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi
dan konsepsi murid. Dengan ini, murid anda dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
merangkumi empat bidang iaitu
1-Menggambar
2-Membuat Corak dan Rekaan
3-Membentuk dan Membuat Binaan
4-Kraf Tradisional
MATLAMAT
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat
dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan
OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL
(a) Menunjukkan
penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;
(b) Memupuk
budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual;
(c) Meningkatkan
pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang
seni
visual yang dapat diamalkan dalam
kehidupan dan kerjaya;
(d) Menggunakan
pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan
kraf dan produk seni visual yang berkualiti;
(e) Membuat
diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
(f) Menunjukkan
nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain;
(g) Menunjukkan
penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh
seni visual dalam konteks perkembangan
sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa;
(h) Menjadikan
bidang seni visual sebagai prospek kerjaya;
(i) Menunjukkan
kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam persekitaran dan kaitan
dengan keselesaan hidup; dan
(j) Menunjukkan
semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT
A.Plato (427/428 Sebelum Masehi–347 Sebelum Masehi)
Pada pendapat Plato:
a. lukisan adalah tiga kali terpisah dari
kebenaran atau sebenar.
b. membaca puisi memainkan perasaan dengan
ilham yang diterimanya
c. seni dan pendidikan perlu dipandukan
kepada kebenaran, kebaikan,kesempurnaan ,kesejahteraan dan keindahan.
d. seni dibincangkan dengan perkaitan
perlakuan akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan juga keindahan.
e. Seni dapat mencipta sesuatu
persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.
Pada zaman itu, konsep seni telah
dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, kebaikan atau nilai moral,
kesejahteraan dan keindahan
Pada zaman Plato, estatik merupakan satu
ilmu yang tersendiri. Dalam bidang seni hari ini, terdapat seni visual, seni
muzik, seni tari, seni puisi, seni silat, seni teater dan lain-lain lagi. Seni
visual adalah bidang yang beri tumpuan kepada tampakan atau penglihatan. Di
bawah seni visual pula bidang seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya.
Apapun bidang itu, soal asal pokoknya berasaskan seni
Plato telah membincangkan lukisan dengan
konsep imitasinya dan puisi dengan konsep ilhamnya. Plato membandingkan lukisan
dengan kebenaran. Pada beliau, pelukis yang melukis gambar objek meniru objek
yang dibuat oleh tukang pembuat. Tukang pembuat objek itu pula meniru ideanya
atau konsepnya mengenai objek itu. Idea atau konsep objek tukang pembuat itu pula
meniru konsep sebenar objek itu yang diberi oleh tuhan. Maka lukisan adalah
tiga kali terpisah dari kebenaran. (Pendapat ini telah menyebabkan ramai memandang
rendah kepada seni lukis. Bagaimanapun pendapat ini telah membawa pelajar
teragongnya iaitu Aristotle kepada konsep baru mengenai lukisan). Mengikut
Plato, walaupun cerita dalam puisi adalah tidak benar, penonton juga dapat
mengikut sehingga menangis. Ini adalah sebab pembaca puisi mendapatkan ilham
dari dewa dan dengan itu dapat memainkan perasaan semasa membaca puisi. Maka
puisi itu bukan ilmu mengenai kebenaran.
B. Herbert
Read
Nama penuh : Herbert Edward Read
Tarikh Lahir : 4
Disember 1893
Tempat Lahir : Kirkbymoorside, North Yorkshire.
Pekerjaan : Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik
Seni dan Sastera.
Meninggal dunia : 12 Jun 1968
Sejarah awal
Read dalam bidang seni
·
Read lebih dikenali
sebagai pengkritik seni.
·
Aktif dalam
membincangkan tentang seni moden British bersama dengan Paul Nash, Ben
Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth.
·
Menjadi rakan kongsi
kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash.
·
Menjadi seorang
professor seni halus di University of Edinburgh (1931 – 1933).
·
Salah seorang penganjur
London International Surrealist Exhibition pada 1936 dan editor majalah Surrealism.
Latar belakang keadaan
masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada zaman 1920an-1930an di UK
· Peranan National Society of Art Masters(NSAM)
dan Art Teacher Guild(ATG)
· NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka
bentuk, pengikhtirafan kompetensi akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan.
· ATG: Lukisan
kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan Kanak-kanak. Mengalakkan kreativiti individual
kanak-kanak. Kreativiti berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti, dan
kespontanan.
· Mengikut Frank Cizek
setiap individu kanak-kanak mempunyai kreativiti yang tersendiri dan patut
diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri.
· Seperti Cizek, Read
memberi hujahan bahawa sistem pendidikan
itu yang menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti, dan kespontanan
kanak-kanak pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman
itu melibatkan kanak-kanak umur 10 tahun
dalam pendidikan yang begantungkan intellek dan mengabaikan kespontanan dan
kreativiti kanak-kanak. Read menyarankan
bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya boleh dilanjutkan
sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read
menggunakan rujukan seni advant gard.
· Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial
politik antara golongan yang kaya dan golongan pertanian. Seni telah menjadi sesuatu kepunyaan golongan
kaya. Read terus mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap
individu yang secara kolektifnya akan membawa ke kehendak sosil
masyarakat. Read menulis tentang
“Pendidikan Melalui Seni”. Persamaan
simbol
dan imej universal dalam lukisan digunakan
sebagai alat untuk komunikasi dan seterusnya pendidikan kepada semua dalam
komuniti.
Herbert Read
banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya adalah seperti
“Education Through Art” dan “History of Moden Art”. Beliau telah menyentuh
tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah
penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan
kedamaian estetik. Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan
penyataan klasik beliau. Beliau selalunya mengemukan 3 perkara penting dalam
seni seperti berikut:
a A-
Ekpressi diri dan
komunikasi
b B-
Pemerhatian dan
pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak; dan
C
c C- Apreasiasi dan
tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain
Beliau memberi
pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan
hujahan terkenalnya mengenai “Moden Art is as old as man”. Beliau juga
mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian
dunia yang berlainan. Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia
melalui persefahaman antara bangsa dengan konsep Global Art. Seperti pendapat
Yunani awal, Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan
semua negara. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Konsep ini
memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri.
LAURA
H. CHAPMAN
Laura H. Chapman ialah
seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio.
Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan
sekolah-sekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan
program-program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State
University, University of Illinois dan University of Cincinnati.
Peringkat Perkembangan
Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman
Perkembangan
Artistik (perkembangan penghasilan karya)
Pelbagai model
perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan
artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan
Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi
perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara
persamaan-persamaan yang lain ialah:
·
Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat
terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan
perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
·
Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak
maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan
krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak
daripada berus dan warna.
·
Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara
peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen
dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan
sahaja.
Tahap Perkembangan
Kreativiti
Laura H. Chapman di dalam
bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses
kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses
penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses
artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses
artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh
ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi
keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.
Terdapat 3 fasa dalam
kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu:
1. Kaedah Penjanaan Idea
(Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan
objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni
visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju
penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan,
adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.
2. Pengolahan dan
Pemurnian (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea
dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.
Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang
hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap
signifikan kerana
proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang
beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.
3. Kemahiran Menggunakan
Bahan (Execution in a Medium)
Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat
bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya
akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang
juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.
Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan
kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan
yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu
membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta
penghasilan. Guru perlu menjelaskan
melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai
makna dan nilai tersendiri.
(Sumber: Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak OUM )
Dalam siri buku “Discover Art”, Chapman telah
memberi contoh setiap pelajaran yang mengikut lankah berikut:
- Pemerhatian
- Penerokaan
- Penghasilan
- Apresiasi
Bincangkan
persamaan dan kelainan langkah-lankah ini dengan yang disarankan dalam
organisasi sukatan pelajaran KBSR
Terangkan
dengan contoh bagaimana seorang guru dapat mereka aktiviti kelas untuk tujuan berikut
1.
Untuk murid-murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang
singkat.
2.
Untuk murid-murid membuat penerokaan yang melibatkan kreativiti
3.
Untuk murid menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya dengan tertib kerja
dan tata cara berkerja.
4. Untuk murid membuat apresiasi secara mudah.
E. Paul Torrance
|
Pencipta kepada “Torrence Test of Creative Thinking”
iaitu satu kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang.
Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan
kreativiti seseorang individu : Penyoalan, Penemuan, Pemerhatian, Percubaan,
Penerokaan, Memanipulasi, Aktiviti bermain
|
June King McFee
|
Melihat bahawa kreativiti seseorang mampu dirobah bagi melahirkan satu
idea yang baru.
|
Carl Rogers
|
Melihat bahawa faktor kesihatan adalah menjadi asas
kepada menjadi manusia kreatif: keterbukaan kepada pengalaman, menikmati
keindahan, Menghargai diri, Mengamalkan kebebasan
|
Victor Lowenfeld
|
Pakar ini percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan
kreatif.
Melihat kreativiti pada seorang murid boleh diukur
melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan
kepekaan
|
Guilford
|
Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180 kebolehan
(termasuk kreativiti) dalam dimensi operasi, kandungan dan hasilan
http://www.en.wikipedia.org/wiki/jpguildford#bibliography
|
Alexander Osborne
|
Pengasas kepada Creative
Problem Solving (CPS). Banyak mengutarakan model-model pemikiran
produktif. Menganjurkan sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif
melalui model CPS. Perluasan Kaedah
kreatif: Membesarkan, mengecilkan, membanyakkan, mengurangkan,mengubahsuaikan
menukar kedudukan. Kaedah kreatif Alexander Osborne akan disentuh dengan
lebih terperinci dalam kursus yang akan datang
|