MENGENAL ALAT, BAHAN DAN TEKNIK SENI VISUAL
>> Saturday, 12 January 2013
PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1
SSR3053/3023
TOPIK 1:
MENGENAL ALAT, BAHAN DAN TEKNIK SERTA PROSEDUR PENGHASILAN SESUATU PRODUK SENI BAGI KANAK-KANAK 9 TAHUN KE BAWAH
PENGENALAN
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak di bawah 9 tahun, pengetahuan bagaimana hendak memilih alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk adalah penting agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menjamin aspek keselamatan kanak-kanak itu sendiri. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni visual juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Bagaimanapun terdapat beberapa bahan yang lumrah digunakan dalam penghasilan produk antaranya ialah :
Pensil
Diperbuat daripada campuran grafit dan tanah liat yang
mempunyai kekerasan berlainan. Ada
dua jenis pensil yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan iaitu pensil
mata hitam dan pensil mata berwarna. Terdapat pensil mata hitam berjenis keras.
Jenis ini dapat menghasilkan garisan cerah dan ton pudar. Manakala pensil yang
lembut dan ton yang dihasilkan adalah gelap.
Arang
Media ini merupakan bahan khas untuk melukis dan dalam
Bahasa Inggeris dipanggil charcoal. Arang diperbuat daripada kayu yang dibakar
dalam tanur pembakaran sehingga kering. Ada
dua jenis arang iaitu berbentuk pensil dan ranting yang dapat menghasilkan warna
hitam legap. Arang bentuk pensel mempunyai mata arang yang agak keras dan boleh
menghasilkan garisan yang halus. (McDa, 2001). Bagi arang berbentuk ranting ia
agak lembut dan boleh menghasilkan ton hitam bila digosok dengan jari atau
tisu. Kelemahan menggunakan arang ini ialah kertas nampak kotor dan berdebu.
Warna Lilin
Bahan utama dalam pembuatan krayon ialah lilin.Warna yang terhasil
bersifat legap. Dua atau tiga warna boleh dicampurkan untuk mendapatkan hasil
ton yang memuaskan.
Paste
Pastel
adalah media berwarna lembut yang diperbuat daripada kapur. Pastel dapat
menghasilkan pencahayaan ton yang jelas walaupun permukaan kertas agak berdebu
sedikit. Oleh itu, hasil karya yang menggunakan pastel haruslah disembur dengan
pemati warna sebagai pelindung.
Berus
Berus
menjadi alat untuk melukis dan dakwat sebagai medianya. Tujuan utama penggunaan
berus dan dakwat dalam lukisan adalah untuk menghasilkan pelbagai kualiti
garisan. Tiga jenis berus digunakan iaitu berus bulat, berus cina dan berus
leper. Berus dicelup dengan dakwat dan pelbagai kesan garisan dapat dihasilkan
mengikut jenis berus seperti berus cina menimbulkan kesan garisan halus dan
sederhana.
Jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa mempunyai permukaan yang sesuai
untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Kertas cat air terdapat dalam
pelbagai gred kelicinan. Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik
untuk digunakan. Bod Bristol
merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas
Ledger Bond kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin,
sederhana kasar dan kasar. Kertas Ingres kertas ini mempunyai permukaan yang
halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah
jambu, biru dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk
lukisan pastel. Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer,
kertas
arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
Alat, Bahan
Dan Teknik
Murid sungguh seronok apabila menghasilkan
kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstura,
berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan
dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat
khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan banyak
lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media
basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja penghasilan produk
seni. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang
boleh digunakan dalam aktiviti penghasilan produk seni juga perlu. Alatan dan
media yang berbagai-bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya
dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan
jalinan, bentuk dan ton.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti penghasilan, berbagai media boleh digunakan
dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan
dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti penghasilan produk seni:
·
Berbagai
jenis pensil
·
Warna
pastel, warna air, warna poster, warna pensil
·
Kapur
berwarna
·
Oil
pastel
·
Artline
atau marker
·
Berbagai
jenis pen
·
Berbagai
jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
·
Bahan-bahan
semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,
·
sayur-sayuran,
dan buah-buahan
·
Penyedut
minuman
·
Gunting,
pisau lipat, gam
·
Berbagai
jenis berus lukisan
·
Palet/pembancuh
warna
Kemahiran murid mengikut umur
Pada tahun pertama di sekolah rendah
peringkat permulaan murid-murid
didedahkan dengan asas penghasilan produk seni iaitu dengan
cara memerhatikan kesan-kesan yang terhasil daripada alat dan bahan yang
digunakan dalam penghasilan kerja seni. Kesan garisan yang terdapat di
persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan
laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu dari
segi sifat dan jenis garisan seperti tebal, nipis, panjang, pendek, bengkok,
lurus, cetek, putus-putus. Dengan cara begini murid-murid akan dapat menyatakan
secara lisan pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran dan
seterusnya dapat melakar secara spontan
untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara
tidak terancang.
Pada peringkat seterusnya murid dapat
menggunakan bahan kutipan yang diaplikasikan dalam penghasilan produk seni seperti
mengenal garisan, lukisan, gosokan, kolaj dan beberapa teknik lain.
Teknik-teknik yang boleh dipelajari oleh mereka di tahun satu ialah seperti menekap,
memotong, menampal, mencantum, menyusun gambar dan gosokan. Akhirnya murid
dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan hasil kerja
rakan.
Di tahun kedua pula murid sudah berada di
peringkat menghasilkan produk seni. Di
peringkat ini murid-murid dapat mengetahui dan mengenal
pasti alat, bahan, dan teknik dalam kerja seni berdasarkan beberapa eksperimen.
Murid menyedari wujudnya rupa asas geometri di persekitaran. Seterusnya murid dapat
menghasilkan produk seni dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak
dan bahan kering. Akhirnya murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan
pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian. Di antara cadangan
aktiviti murid-murid di peringkat ini ialah seperti lukisan, catan, capan,
stensilan, kolaj, montaj, gurisan, gosokan, renjisan, tiupan, capan, resis dan
cetakan. Di peringkat penilaian ini murid boleh menyatakan dan mempamerkan hasil
kerja sendiri sama ada di dalam bilik darjah atau di rumah. Semasa murid berada
di tahun tiga, apa yang diharapkan murid sudah boleh meneroka beberapa teknik
yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Murid sudah boleh menghasilkan
produk seni dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan.
Seterusnya di peringkat analisis murid boleh memilih dan menggunakan alat,
bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan produk seni. Di antara
teknik-teknik yang boleh dicadangkan ialah seperti stensilan, montaj, capan,
catan, resis, kolaj, lukisan, gurisan, tekapan dan cetakan. Di peringkat
interpretasi dan penilaian, murid dapat menghasilkan produk seni dengan
menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan
seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan.
Ditahap ini murid dijangka boleh membuat dokumentasi mudah dalam portfolio
supaya dapat meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan terperinci. Di sini
murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja.
Di tahun tiga, adalah diharapkan murid dapat mengaplikasikan
asas senireka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam
penghasilan produk seni berdasarkan tema imaginasi murid. Di peringkat ini
murid dapat menghasilkan produk seni dengan menggunakan alat,
bahan, dan teknik yang sesuai serta dapat mengaplikasikan
Asas Senireka dalam hasil kerja mereka. Di antara cadangan aktiviti yang sesuai
dijalankan ialah seperti lukisan, catan, capan, stensilan, kolaj, resis, mozek,
gurisan, cetakan.
TEKNIK
Teknik penghasilan produk seni
biasanya bergantung pada jenis alat atau media yang
digunakan. Kesemua alat/media boleh digunakan untuk menghasilkan
berbagai teknik seperti
berikut:
Teknik penghasilan corak
Kita boleh menghasilkan corak antaranya ialah dengan
cara:
·
Pualaman
·
Tiupan
·
Titisan
·
Ikatan
dan celupan
·
Renjisan
dan percikan
·
Capan
·
Lipatan
dan guntingan
·
Menggunakan
garisan grid seperti susunan batu bata, sisik ikan, pucuk rebung, orgee, mata
ikan bilis, petak dam dan sebagainya.
Teknik menghasilkan catan
Teknik menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata di sebut sebagai catan mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Hal yang merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna. Latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.
Lukisan merupakan
hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan
perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna
paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi
merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,
montaj dan cetakan.
Sehubungan itu dalam
menghasilkan lukisan penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media
kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan
mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan. Antara bahan yang
boleh digunakan ialah seperti berikut:
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
Jenis-jenis Kertas Lukisan
• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam
pelbagai
warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
fotokopi, kertas suratkhabar.
Teknik menghasilkan Kolaj
Bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D menjadi imej. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Banyak bahan yang boleh digunakan sebagai bahan untuk mewujudkan imej-imej yang dikehendaki. Antaranya ialah:
·
Beras
·
Gula
·
Kekacang
·
Pasir
·
Rempah-rempah
Teknik menghasilkan Montaj
Kerja ini merupakan satu aktiviti menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan imej yang pelbagai dengan menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. Alat yang digunakan antaranya ialah Gunting, pisau pemotong kertas dan berbagai jenis gam.
Kerja ini merupakan satu aktiviti menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan imej yang pelbagai dengan menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. Alat yang digunakan antaranya ialah Gunting, pisau pemotong kertas dan berbagai jenis gam.
Teknik menghasilkan Cetakan
Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui
perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan
menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Proses
ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan
lain. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej
atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu.
Teknik menghasilkan Gosokan
Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu.
Teknik menghasilkan Gosokan
Mengikut Kamus Dewan,
gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll)
menggunakan sesuatu untuk menggosok.proses menggosok dan merekod corak daripada
permukaan yang berjalinan. Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan
berbagai jalinan pada sesuatu permukaan ialah dengan membuat gosokan. Hasil
cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas
yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi yang
mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu
permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.
Teknik gosokan
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas
Teknik menghasilkan Resis
Satu aktiviti penghasilan produk seni yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Dengan itu ia merupakan penghasilan produk seni yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
Teknik menghasilkan Percikan
Satu aktiviti penghasilan produk seni dalam kerja-kerja seni dengan mendetik, mengetuk
atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. Dalam buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.Dengan ini percikan adalah aktiviti menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini atau satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.
Teknik menghasilkan Mozek
Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan. Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan. Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk. Mozek merupakan satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster. Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera. Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada
asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek.
Alat dan Bahan:
gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam
simen, pin rambut
atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas,
pensel, kertas
latar.
Cara-cara:
1. Buat satu
lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas
permukaan kertas.
2. Potong kertas
warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang
berlainan warna
perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masa
semasa proses menampal dijalankan.
|
3. Letak gam
atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas
yang mempunyai
lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran
tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan
kertas supaya
tindihan tidak berlaku.
|
Prosedur
mengguna alat dan bahan
Pengendalian alat dan
bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk
menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib
kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara
yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai
contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan
sebelum disimpan supaya tidak rosak
Prosedur
penyediaan alat dan bahan.
- Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan
hasil pembelajaran
- Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan
- Menentukan bahan dan teknik.
- Menyediakan alat dan bahan.
- Kesesuaian pemilihan alat dan bahan
mengikut umur.
- Keselamatan murid perlu diutamakan.
Penggunaan
alat dan bahan.
- Mengambil
pertimbangan yang diperlukan bagaimana alat dan bahan itu
diagihkan
atau diedarkan.
- Mengambil
langkah-langkah keselamatan
- Mengambil kira bilangan
yang mencukupi
- Perlu menjimatkan masa dan tenaga
untuk mengedarkan dan mengutip.
Prosedur Pengurusan Alat dan Bahan
Para guru boleh menggunakan prosedur berikut untuk pengurusan alat dan bahan
dalam bilik
pendidikan seni:
- Menyediakan
senarai alat dan bahan yang diperlukan.
- Membuat
perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah.
- Membuat
penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkannya.
- Membuat
inventori dalam buku stor.
- Membuat rekod keluar masuk alat dan
bahan.
Dalam matapelajaran Pendidikan
Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan yang digunakan untuk
penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan membantu
pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada
beberapa subkategori seperti berikut:
A)
Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar
catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai
alas meja.
|
B)
Alat dan bahan untuk membantu
pengajaran dan pembelajaran:
Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan
seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Bola,baju,kasut,kotak
ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,
jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak
tisu,kek harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari
raket
Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk
menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian
murid. Contohnya:
Jadual,penyusunan
grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad ayat, gambar
rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung,papan flannel,papan
tulis,petikan rencana………….
|
(iii) Alat dan bahan media teknologi dan
lain-lain jenis yang seumpama dengannya.