Powered by Blogger.

KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU

>> Saturday 12 January 2013

Fonetik dan Fonologi Bahasa Malaysia

DEFINISI FONETIK
Bertil Malmberg ( 1968 ) iaitu seorang ahli fonetik Perancis telah mendefinisikan fonetik sebagai
pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Menurutnya lagi,fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkan
penglahiran bahasa bukan kandungannya. Hal ini bermaksud perkara yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan, bukannya makna yang cuba disampaikan.

DEFINISI FONEM
(a) Fonem ialah unit terkecil dan abstrak yang membezakan makna dan fungsinya.
(b) Menurut kamus dewan edisi keempat, fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang boleh
membezakan makna kata.
(c) Contohnya dapat dilihat dalam perkataan palang /pala / [pala ], galang /gala / [gala ].
Dalam hal ini, konsonan /p/ dan /g/ dianggap sebagai fonem yang berbeza.

(A) FONEM MAJMUK (COMPOUND PHONEME)
(i) Gabungan fonem vokal dalam satu suku kata.
(ii) Contohnya diftong /ai/, /au/ dan /oi/ sebagai satu unit fonologi.

(B) FONEM PENGGALAN (SEGMENTAL PHONEME)
(i) Terhasil daripada analisis pertuturan kontinum kepada penggalan yang bererti.
(ii) Contohnya, /p/ /a/ /l/ /a/ / / palang


DEFINISI VOKAL
(a) Vokal merupakan segmen bunyi yang dihasilkan apabila udara ditekan keluar dari paru-paru dengan menggetarkan pita suara tanpa penyekatan udara yang signifikan di ruang oral.
(b) Pengkelasan vokal BM adalah berdasarkan kepada
sistem kardinal yang telah dihasilkan oleh Daniel Jones (1956).
(c) Menurut Farid Onn(1980), vokal BM terbahagi kepada 6 iaitu /a/, /e/, /o/, /u/, / / dan /i/

DEFINISI KONSONAN
Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Terdapat 2 jenis konsonan dalam BM iaitu konsonan oral dan konsonan nasal. Konsonan oral terhasil melalui rongga oral dan konsonan nasal terhasil melalui rongga nasal. 
 
Konsonan BM terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli BM ialah konsonan yang sedia ada pada penutur Melayu itu sendiri dan tidak melalui sebarang perlakuan adaptasi. 
 
 

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP