Powered by Blogger.

PERKEMBANGAN AWAL KONSEP PENDIDIKAN SENI

>> Tuesday 8 January 2013

PERKEMBANGAN AWAL KONSEP PENDIDIKAN SENI

PENGENALAN 

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkandengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup.
 Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.


  
 PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, anda patut lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, anda boleh menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid anda dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu

1-Menggambar
2-Membuat Corak dan Rekaan
3-Membentuk dan Membuat Binaan
4-Kraf Tradisional

MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL 

(a) Menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;
(b) Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual;
(c) Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni     
      visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya;
(d) Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan
      kraf dan produk seni visual yang berkualiti;
(e) Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
(f) Menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain;
(g) Menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh
      seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa;
(h) Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya;
(i) Menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam persekitaran dan kaitan
  dengan keselesaan hidup; dan
(j) Menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa


PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT

A.Plato (427/428 Sebelum Masehi–347 Sebelum Masehi)
Pada pendapat Plato:
a. lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran atau sebenar.
b. membaca puisi memainkan perasaan dengan ilham yang diterimanya
c. seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan,kesempurnaan ,kesejahteraan     dan keindahan.
d. seni dibincangkan dengan perkaitan perlakuan akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan juga keindahan.
e. Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.
Pada zaman itu, konsep seni telah dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, kebaikan atau nilai moral, kesejahteraan dan keindahan
Pada zaman Plato, estatik merupakan satu ilmu yang tersendiri. Dalam bidang seni hari ini, terdapat seni visual, seni muzik, seni tari, seni puisi, seni silat, seni teater dan lain-lain lagi. Seni visual adalah bidang yang beri tumpuan kepada tampakan atau penglihatan. Di bawah seni visual pula bidang seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya. Apapun bidang itu, soal asal pokoknya berasaskan seni
Plato telah membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya dan puisi dengan konsep ilhamnya. Plato membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pada beliau, pelukis yang melukis gambar objek meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat. Tukang pembuat objek itu pula meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu. Idea atau konsep objek tukang pembuat itu pula meniru konsep sebenar objek itu yang diberi oleh tuhan. Maka lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran. (Pendapat ini telah menyebabkan ramai memandang rendah kepada seni lukis. Bagaimanapun pendapat ini telah membawa pelajar teragongnya iaitu Aristotle kepada konsep baru mengenai lukisan). Mengikut Plato, walaupun cerita dalam puisi adalah tidak benar, penonton juga dapat mengikut sehingga menangis. Ini adalah sebab pembaca puisi mendapatkan ilham dari dewa dan dengan itu dapat memainkan perasaan semasa membaca puisi. Maka puisi itu bukan ilmu mengenai kebenaran.


B. Herbert Read
Nama penuh                      :  Herbert Edward Read
Tarikh Lahir                         :  4 Disember 1893
Tempat Lahir                     :  Kirkbymoorside, North Yorkshire.
Pekerjaan                           :  Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan Sastera.
Meninggal dunia              : 12 Jun 1968

Sejarah awal Read dalam bidang seni
·         Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni.
·         Aktif dalam membincangkan tentang seni moden British bersama dengan Paul Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth.
·         Menjadi rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash.
·         Menjadi seorang professor seni halus di University of Edinburgh (1931 – 1933).
·         Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada 1936 dan editor majalah Surrealism.

Latar belakang keadaan masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada zaman 1920an-1930an di UK

·   Peranan National Society of Art Masters(NSAM) dan Art Teacher Guild(ATG)
·   NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka bentuk, pengikhtirafan kompetensi akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan.
·  ATG: Lukisan kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan Kanak-kanak.  Mengalakkan kreativiti individual kanak-kanak. Kreativiti berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti, dan kespontanan.
·  Mengikut Frank Cizek setiap individu kanak-kanak mempunyai kreativiti yang tersendiri dan patut diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri.
·  Seperti Cizek, Read memberi hujahan bahawa sistem pendidikan  itu yang menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti, dan kespontanan kanak-kanak pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu  melibatkan kanak-kanak umur 10 tahun dalam pendidikan yang begantungkan intellek dan mengabaikan kespontanan dan kreativiti kanak-kanak.  Read menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa.  Maka Read menggunakan rujukan seni advant gard.

·   Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial politik antara golongan yang kaya dan golongan pertanian.  Seni telah menjadi sesuatu kepunyaan golongan kaya. Read terus mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap individu yang secara kolektifnya akan membawa ke kehendak sosil masyarakat.  Read menulis tentang “Pendidikan Melalui Seni”.  Persamaan simbol
dan imej universal dalam lukisan digunakan sebagai alat untuk komunikasi dan seterusnya pendidikan kepada semua dalam komuniti.


Herbert Read banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya adalah seperti “Education Through Art” dan “History of Moden Art”. Beliau telah menyentuh tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau. Beliau selalunya mengemukan 3 perkara penting dalam seni seperti berikut:
a    A-  Ekpressi diri dan komunikasi
b    B- Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak; dan 
C
c         C- Apreasiasi dan tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain
Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan hujahan terkenalnya mengenai “Moden Art is as old as man”. Beliau juga mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa dengan konsep Global Art. Seperti pendapat Yunani awal, Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua negara. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri.


LAURA H. CHAPMAN

Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa,  di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolah-sekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program-program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois dan University of Cincinnati.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman
Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya)
Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama.  Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:
·         Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
·         Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
·         Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Tahap Perkembangan Kreativiti
Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.
Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana 
proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.
Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan.  Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
(Sumber: Perkembangan Seni Dan  Kanak-kanak OUM )
Dalam siri buku “Discover Art”, Chapman telah memberi contoh setiap pelajaran yang mengikut lankah berikut:
  1. Pemerhatian
  2. Penerokaan
  3. Penghasilan
  4. Apresiasi
Bincangkan persamaan dan kelainan langkah-lankah ini dengan yang disarankan dalam organisasi sukatan pelajaran KBSR
Terangkan dengan contoh bagaimana seorang guru dapat mereka aktiviti kelas untuk  tujuan berikut
1. Untuk murid-murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang singkat. 
2. Untuk murid-murid membuat penerokaan yang melibatkan kreativiti
3. Untuk murid menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya dengan tertib kerja dan tata cara berkerja.
4.  Untuk murid membuat apresiasi secara mudah.



E. Paul Torrance

Pencipta kepada “Torrence Test of Creative Thinking” iaitu satu kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang.
Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu : Penyoalan, Penemuan, Pemerhatian, Percubaan,
Penerokaan, Memanipulasi, Aktiviti bermain


June King McFee

Melihat bahawa kreativiti seseorang mampu dirobah bagi melahirkan satu idea yang baru.


Carl Rogers


Melihat bahawa faktor kesihatan adalah menjadi asas kepada menjadi manusia kreatif: keterbukaan kepada pengalaman, menikmati keindahan, Menghargai diri, Mengamalkan kebebasan


Victor Lowenfeld

Pakar ini percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Melihat kreativiti pada seorang murid boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan


Guilford



Pengatur kepada Teori Struktur  Intelek (SI) terdiri daripada 180 kebolehan (termasuk kreativiti) dalam dimensi operasi, kandungan dan hasilan
http://www.en.wikipedia.org/wiki/jpguildford#bibliography


Alexander Osborne




Pengasas kepada Creative Problem Solving (CPS). Banyak mengutarakan model-model pemikiran produktif. Menganjurkan sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif melalui model CPS.  Perluasan Kaedah kreatif: Membesarkan, mengecilkan, membanyakkan, mengurangkan,mengubahsuaikan menukar kedudukan. Kaedah kreatif Alexander Osborne akan disentuh dengan lebih terperinci dalam kursus yang akan datang











                                                                                          


Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP