Powered by Blogger.

CONTOH MODUL AKTIVITI

>> Saturday 28 May 2011

CONTOH SATU MODUL AKTIVITI YANG BERTEMAKAN BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

(Lain-lain contoh bolehlah dilihat dalam modul aktiviti RIMUP untuk dijadikan PANDUAN – Bukan meniru dan menyalin)

Tema:
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Tajuk:
Cintai Bahasa Kebangsaan

Masa:
1 jam (9.00 – 10.00 pagi)

Pengenalan:
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting untuk merapatkan perhubungan kaum. Di Malaysia, bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan dimaktubkan ke dalam perlembagaan Malaysia. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu diharap dapat dijadikan sebagai medium yang dapat memupuk perpaduan nasional. Selain itu bahasa Melayu juga diharapkan dapat dijadikan sebagai satu identiti negara Malaysia.

Jenis Aktiviti:
Pertandingan Menulis Esei yang bertemakan “Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan”.

Matlamat:
Program Jati Diri Kenegaraan bertujuan untuk melahirkan modal insan yang bersatu padu, berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, berakhlak mulia dan dapat menjadi warga negara yang mencintai negara sendiri. Pertandingan menulis esei ini diharap dapat membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan murid supaya memahami kepentingan tentang perlunya negara mempunyai satu bahasa rasmi sebagai medium perhubungan dan identiti bangsa Malaysia.

Objektif:

1. Meningkatkan kemahiran menulis esei dalam kalangan murid sekolah.
2. Memahami kepentingan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan dan perpaduan kaum.
3. Menhargai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang termaktub dalam perlembagaan,
4. Meningkatkan semangat berpetandingan dalam kalangan murid.
5. Memupuk perpaduan kaum melalui bahasa rasmi.

Kumpulan Sasaran:
Murid-murid Tahun 6 Sek Kebangsaan Ulu Choh, Kuantan, Pahang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan jantina.


Syarat-Syarat:

1. Mesti terdiri daripada murid-murid Tahun 6 sahaja.
2. Hasil Penulisan mestilah asli.
3. Mesti diselia oleh guru
4. Lain-lain yang difikirkan sesuai.

Langkah-Langkah Perlaksanaan


Langkah 1 Sebelum:

1. Menerangkan tujuan pertandingan diadakan
2. Menerangkan tema
3. Menerangkan syarat-syarat pertandingan
4. Lain-lain yang difikirkan sesuai.

Langkah 2 Semasa:

1. Memasti murid tidak meniru
2. Lain-Lain yang difikirkan sesuai

Langkah 3 Selepas.

1. Mengutip esei
2. Lain-lain yang difikirkan sesuai

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP