Powered by Blogger.

SOALAN TENTANG PENCERAPAN GURU

>> Saturday 28 May 2011


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,

Terlalu banyak persoalan yang sama tentang tugasan yang saya berikan semalam. Terus terang tak termampu saya nak jawab semua sekali soalan kalian.Saya nasihatkan anda supaya refer kepada soalan2 kawan2 anda yang terdahulu sebelum mengemukakan soalan kerana terlalu ramai yang mengemukakan soalan yang sama. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi/telah membantu saya menjawab soalan2 yg telah saya jawab sebelum ini dengn menjawab bagi pihak saya. I really appreciate that.

Di bawah ini saya try jawab soalan2 yang sama yang terlalu ramai pelajar soal. Sila rujuk email ini dulu sebelum mengemukakan soalan yer.

Pencerapan Guru
1.      Pertanyaan: Pencerapan tu kami kan kena fotostat rancangan pelajaran guru yang dicerap? Jadi,adakah guru tersebut perlu menulis satu rancangan pelajaran yang terperinci atau kami cuma fotostat yang ringkas sahaja? Jawapan: Fotostat saja RP guru tersebut. Tak perlu minta mereka betulkan/ tulis yg lengkap. Tugasan ini adalah untuk anda. Tujuannya adalah untuk anda menilai p&P guru tersebut dan buat refleksi dalam borang cerapan yang diberikan. dalam borang cerapan ada section Perancangan Pengajaran, di situlah anda menulis penilaian terhadap RP guru dicerap. 
2.    Pertanyaan: Saya mengajar pra-sekolah (atau subjek lain) dan di sekolah ini hanya ada 2 org guru pra termasuk saya. Apa saya nak buat? Jawapan: Anda boleh pergi ke sekolah berdekatan untuk cerap guru pra di sekolah lain atau kalau tiada sekolah yg mempunyai pra berdekatan, bolehlah cerap guru Tahun 1 di sekolah anda. Subjek apa? terpuanglah pada anda. 
3.    Pertanyaan: Borang Cerapan pelu ditaip atau tulis tangan? Jawapan: Mestilah tulis tangan. Ingat tak sebelum anda jadi guru dan belajar di Maktab? Ada praktikum/latihan mengajar kan? Sekarang ni anda akan jadi macam pensyarah anda dahulu.. duduk belakang kelas dan tulis refleksi semasa guru mengajar. Anda perlu isi borang pencerapan tersebut semasa anda mencerap guru tersebut.
4.    Pertanyaan: Di sekolah saya hanya ada seorang guru opsyen BM (contoh major) tetapi ada guru lain yg bukan opsyen BM tetapi mengajar BM. Bolehkah saya cerap guru bukan opsyen tersebut.  Jawapan: Boleh, tak kisah mereka opsyen BM atau tidak.
5.    Pertanyaan: Perlu tak saya sertakan gambar/video p&p bersama borang cerapan? Jawapan: Tak perlu. Kami hanya perlukan borang cerapan yang lengkap diisi. Isikan di sebelah setiap item yang dinyatakan.
6.    Pertanyaan: Saya bekerja di PPD (dan sebagainya). Siapakah yang perlu saya cerap? Jawapan: Anda perlu pergi ke sekolah berdekatan untuk mencerap guru dalam Major anda. 
7.    Pertanyaan: Saya mengajar di sekolah cina. RPH ditulis dalam bahasa cina. Apa yang perlu saya lakukan? Jawapan:Terjemah (translate) RPH tersebut. Photostat yang asal dan minta GB sahkan. Hantar kedua-duanya bersama borang cerapan apabila selesai nanti.
8.    Pertanyaan: Bagaimana pula jika RPH guru dalam Bahasa Inggeris? Jawapan: Photostat saja dan sahkan, tak perlu translate. 
9.    Pertanyaan: Adakah borang pencerapan perlu disahkan oleh Guru Besar? Jawapan: Ya, Minta gurubesar cop dan tandatangan di muka akhir borang pencerapan. Kami tidak akan terima borang tanpa pengesahan GB.
10. Pertanyaan: Guru Besar saya baru bertukar, dan belum ada Guru Besar baru di sekolah saya. Jadi siapa yang akan sahkan borang cerapan. Jawapan: Guru PK yg memangku tugas Guru Besar.
11. Pertanyaan: Saya perlukan surat kebenaran untuk ke sekolah lain untuk melakukan pencerapan. Bagaimana saya nak dapatkan surat tersebut. Jawapan: Saya telah sediakan surat kebenaran dan akan saya berikan semasa kuliah pada waktu terdekat. Sila pastikan anda benar-benar perlukan surat tersebut kerana saya hanya akan beri kepada yang memerlukannya sahaja.
12. Pertanyaan: Bila saya boleh mula mencerap? Jawapan: Bila2 anda sudah sedia, anda ada sehingga minggu terakhir perjumpaan bersemuka untuk selesaikan tugasan ini.
13. Pertanyaan: Saya ingin bertanya, selain daripada menggunakan borang pencerapan yang telah Dr.sertakan perlukah saya menggunakan lampiran lain untuk membuat refleksi/komen/atau ulasan memandangkan penilaian dibuat berdasarkan perkara tersebut. Jawapan: Tak perlu, cukuplah guna borang pencerapan yg disediakan.
14. Pertanyaan: Pencerapan 2 kali untuk 2 orang guru yang berlainan bermaksud sekali seorang kah atau dua kali untuk kedua2nya. Jawapan: Sekali cerapan untuk seorang guru. Hanya total 2 kali pencerapan semuanya. 
15. Pertanyaan: Dr, saya major dalam bidang sains tetapi saya tidak mengajar dalam subjek sains di sekolah, saya hanya mengajar subjek bahasa melayu, matematik dan pendidikan moral, pencerapan saya kena buat dalam subjek apa?Jawapan: Pencerapan adalah untuk subjek major anda di USM. Kalau di sini adalah Sains, then ceraplah guru sains.
16. Pertanyaan: Apa yang dimaksudkan dengan 1 masa? Jawapan: 1 masa = sekurang-kurangnya 30 minit. Mungkin ada sekolah yg 40 minit. Bagi pra-sekolah mungkin lain tetapi pilihlah waktu yg paling minimum 30 minit.
17. Pertanyaan: Panjang ulasan/kritikan dan refleksi tu ada had atau boleh buat dlm btk point aje?  Jawapan: Terpulang kepada masing-masing.Tiada syarat dikenakan.
18. Pertanyaan: KPD3016 tiada peperiksaan akhir kah? Jawapan: Tiada. Hanya kerja Kursus. Best kan? 

Pertanyaan tentang Projek Modul Atas Talian dan bagaimana membentuk kumpulan akan diterangkan pada kuliah akan datang.

Terima Kasih.

-- 
~Dr Azidah Abu Ziden

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP