PERANCANGAN PENGAJARAN
>> Sunday, 1 May 2011
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
PERANCANGAN PENGAJARAN
SEMESTER I
SIDANG AKADEMIK 2011/2012
A. MAKLUMAT KURSUS | |
Kod Kursus : | HNS 2013 |
Tajuk Kursus : | KENEGARAAN (NATIONHOOD) |
Hari Kuliah : | Sabtu/Ahad |
Masa : | 8.00 pagi-10.00 malam (Tertakluk pada Jadual Kursus) |
Tempat : | Dewan Kuliah SK3 /SK4, DK6, CIDB, YAYASAN SABAH |
Penyelaras/Pensyarah : | Dr. Abdul Jalil Ali (jalil@usm.my 019-4109757) Dr. Jamalsafri bin Saibon (jamalsafsri@usm.my 016-4556096) Dr. Mat Asuar bin Awang (matasuara@gmail.com 019-9179739) En. Iman bin Joni (iman@iab.edu.my 019-8390197) |
Pensyarah Jemputan : | |
Bilangan Pelajar : | 1100 orang |
Nilai Unit : | 3 |
B. OBJEKTIF KURSUS | |
Kursus ini memberi penekanan kepada aspek-aspek kenegaraan di Malaysia. Ini meliputi sejarah dan perkembangan tamadun, perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan dalam proses pembinaan negara bangsa. (This course emphasizes major aspects of nationhood in Malaysia. It includes history and development of civilization, constitution and government policies with regards to the process of nation building). HASIL PEMBELAJARAN: 1. Menjelaskan konsep dan ciri-ciri kenegaraan (C4). 2. Menerangkan proses pembinaan negara bangsa di Malaysia (P1, LL2) 3. Menunjukkan sifat-sifat kebertanggungjawaban sebagai seorang warganegara (A3, EM1) 4. Menerapkan semangat kerja berpasukan (TS2) |
C. MAKLUMAT KULIAH
Minggu/Tarikh | Tajuk | Pensyarah | Catatan |
1 16.04.11 (PNG, KB) 08.05.11 (KK) 07.05.11 (KCH) | Penerangan kepada kursus dan kerja kursus. Penyemakan senarai pelajar. Pembahagian tugasan berkumpulan dan Individu. Asas Kenegaraan: Konsep dan takrif kenegaraan, bentuk-bentuk negara dunia, konsep dan jenis-jenis kerajaan. | Dr. Abdul Jalil Ali Dr. Jamalsafri Saibon Dr. Mat Asuar Awang En. Iman Joni | Rujuk Rancangan Pengajaran Modul 1 dan 2 |
2 30.04.11 (PNG, KB) 22.05.11 (KK) 21.05.11 (KCH) | Kenegaraan dan Tamadun: Konsep Tamadun, interaksi tamadun Islam, Cina, India, Barat dan budaya tempatan sebagai asas kenegeraan Malaysia dan latar belakang pembentukan tamadun Malaysia. Kuiz (Individu) – Asas Kenegaraan | Dr. Abdul Jalil Ali Dr. Jamalsafri Saibon Dr. Mat Asuar Awang En. Iman Joni | Modul 3 dan 4 |
3 07.05. 11 (PNG, KB) 29.05.11 (KK) 28.05.11 (KCH) | Kenegaraan Malaysia: Sejarah pembentukan negara Malaysia, Perlembagaan, Rukun Negara, konsep Persekutuan dan demokrasi berparlimen. Kuiz (Individu) – Kenegaraan dan Tamadun | Dr. Abdul Jalil Ali Dr. Jamalsafri Saibon Dr. Mat Asuar Awang En. Iman Joni | Modul 5 dan 6 |
4 21.05.11 (PNG, KB) 11.06.11 (KK) 11.06.11 (KCH) | Pembinaan dan Pengukuhan Negara Bangsa: Latar belakang pembinaan negara bangsa, proses pembinaan negara bangsa, dasar-dasar negara (Ekonomi, Politik, Sosial, Budaya dan Pendidikan) Kuiz (Individu) – Kenegaraan Malaysia | Dr. Abdul Jalil Ali Dr. Jamalsafri Saibon Dr. Mat Asuar Awang En. Iman Joni | Modul 7 dan 8 |
5 18.06.11 (PNG, KB) 25.06.11 (KK) 25.06.11 (KCH) | Kenegaraan Malaysia: Masalah dan Masa Depan (Integrasi nasional, ekonomi, politik, sosial, budaya dan pendidikan) Kuiz (Individu) – Pembinaan dan Pengukuhan Negara Bangsa Rumusan Kursus | Dr. Abdul Jalil Ali Dr. Jamalsafri Saibon Dr. Mat Asuar Awang En. Iman Joni | Modul 9 dan 10 |
6 6 dan7. 07.11 | Peperiksaan Akhir (Serentak di kempat-empat pusat) |
D. RUJUKANRujukan WajibMohd Syariefusin Abdullah, Mohamad Kamal Kamarudin & Ahmad Sohaimi Lazim. (2009) Kenegaraan dan Ketamadunan. Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn.Bhd. Abdul Aziz Bari (2004). Constitution of Malaysia: Text and Commentary. Kuala Lumpur: Pearson Prentice-Hall Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (2001). A History of Malaysia. London: Mc Millan Cheah Boon Kheng. (2002). Malaysia the Making of a Nation. Singapore: ISEAS Shamsul Amri Baharuddin (pnyt). Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: UPENA Rujukan Tambahan:_ |
Laman web Pelajar-pelajar juga digalakkan menggunakan laman sesawang yang bersesuaian dengan kursus kenegaraan ini untuk menambah pengetahuan terutamanya untuk membuat kerja kursus. |
F. Penilaian Kursus
Penilaian Kerja Kursus ( 60 % )
Mod | Pemberatan | Tarikh Serahan |
Projek Berkumpulan (Laporan Pelaksanaan di Sekolah) | 30% | 18.06.11 (PNG, KB) 25.06.11 (KK) 25.06.11 (KCH) |
Esei (individu) – berdasarkan sepuluh tajuk modul | 15% | 21.05.11 (PNG, KB) 11.06.11 (KK) 11.06.11 (KCH) |
Kuiz (Individu) 4 kuiz pendek - akan diadakan setiap kali perjumpaan bersemuka diadakan | 15 % | 4 kali perjumpaan |
Catatan: Penerangan kerja kursus 1. Projek Berkumpulan (30 %) a. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang untuk melaksanakan program kenegaraan di sekolah. b. Perlu menyediakan sekurang-kurangnya 5 modul berkaitan dengan program. Tema akan dimaklumkan kemudian. c. Setiap kumpulan perlu memilih sebuah sekolah untuk melaksanakan program kenegaraan selama satu hari (8.00 pagi – 1.00 tgh) d. Dokumentasi : Laporan terdiri daripada 5 modul, gambar, powerpoint, video pelaksanaan aktiviti dalam program – Rujuk format. Dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy (dalam bentuk pdf). e. Tarikh penghantaran seperti yang telah ditentukan. 2. Esei Individu (15 %) a, Esei - 12 hingga 15 muka surat (double spacing, fon berukuran 12 – Arial atau Times New Roman) b. Tajuk – berdasarkan sepuluh tajuk modul (pelajar akan diberi satu daripada 10 tajuk ) . c. Dokumentasi - Dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy berserta powerpoint (dalam bentuk pdf). d. Tarikh penghantaran seperti yang telah ditentukan. 3. Kuiz Individu (15 %) a. 4 kuiz pendek sebelum kuliah akan diadakan sepanjang kursus. b. Fokus kuiz adalah pada tajuk kuliah pada minggu sebelumnya. | ||
Peperiksaan Akhir ( 40 % ) |
17/05/2006
ACA/zi/…template
Soalan-Soalan Esei – Tugasan Individu
HNS 2013
Kenegaraan
Soalan 1
a) Bincangkan secara mendalam ciri-ciri yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara’. Berikan contoh-contoh yang sesuai bagi menyokong hujah anda.
b) Bincangkan bagaimana Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan sehingga kini.
Soalan 2
a) “Tidak akan ada tamadun jika masyarakat atau sesuatu kaum itu tidak berubah. Perubahan bukanlah hanya merujuk kepada kemajuan tetapi juga dari aspek kemunduran atau kemerosotan secara keseluruhan atau dalam bidang-bidang tertentu (Sidi Gazalba, 1983)”. Bincangkan berserta contoh faktor-faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada perubahan sesebuah tamadun.
b) “Memaksimakan penggunaan kemajuan sains dan teknologi sebagai alat untuk melestarikan pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti hidup dan keselamatan negara”(Dasar Sains dan Teknologi Negara 2). Bincangkan bagaimana sains, teknologi dan inovasi dapat memacu negara mencapai matlamat Wawasan 2020.
Soalan 3
a) Apakah yang dapat anda simpulkan maksud tamadun berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh sarjana barat dan timur.
b) “Ibn Khaldun yang menulis ‘Muqaddimah’ pada abad ke-14 menjelaskan sesebuah tamadun itu melalui tiga tahap utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan mengalami kemusnahan”. Bincangkan penyataan tersebut dengan mengambil Kerajaan Melaka sebagai contoh.
Soalan 4
a) Bincangkan kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan tanpa mengira kaum sehingga membawa kemerdekaan Tanah Melayu.
b) “Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan detik hitam dalam sejarah hubungan antara kaum di Malaysia” Bincangkan aspek-aspek positif peristiwa tersebut yang membawa perpaduan kepada masyarakat Malaysia pada masa kini.
Soalan 5
a) Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu?
b) Bincangkan konsep ‘Gagasan 1 Malaysia’ dalam konteks masyarakat majmuk di negara Malaysia pada masa kini.
Soalan 6
a) Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dikatakan tertinggi dalam sistem undang-undang di Malaysia?
b) Kedudukan istimewa Orang Melayu/Bumiputera di Sabah dan Sarawak (Perkara 153, Perlembagaan Malaysia) ialah hasil tolak ansur antara pelbagai kaum demi untuk menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Bincangkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga serta melindungi hak-hak ini di samping kepentingan-kepentingan yang sah untuk golongan bukan Bumiputera.
Soalan 7
a) Selepas Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan demokrasi di mana terdapat tiga badan yang bertanggungjawab, iaitu Badan Pentadbiran (Executive), Badan Kehakiman (Judiciary) dan Badan Undang-undang (Legislative). Bincangkan peranan yang dimainkan ketiga-tiga badan tersebut.
b) Pilihanraya merupakan satu proses demokrasi. Bincangkan pernyataan ini berserta contoh-contoh yang sesuai dalam konteks Negara Malaysia pada masa kini.
Soalan 8
a) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara Malaysia.
b) “Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1970 bermatlamat untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat”. Bincangkan sejauh manakah dasar ini mencapai matlamatnya.
Soalan 9
a) Menurut Lew Hee Men et al. (2005), Dasar Luar bermaksud “berbaik-baik dengan semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia’. Nyatakan kefahaman anda berdasarkan pernyataan tersebut.
b) Bincangkan bagaimana Dasar Luar Negara dapat memberi manfaat dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Soalan 10
a) Apakah kefahaman anda tentang identiti negara berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh para sarjana.
b) Pilih salah satu identiti negara dan bincangkan bagaimana identiti ini boleh membangkitkan semangat nasionalisme dan patriotik.
HNS 2013 KENEGARAAN
TEMA : KERJA KURSUS BERKUMPULAN
- Patriotisme
b. Hari Malaysia (16 September)
- Negara Bangsa (Identiti)
i. Gagasan 1Malaysia
b. Kepelbagai Budaya
i. Perayaan Pelbagai Kaum
ii. Tarian/Nyanyian
iii. Makanan
- Ideologi Negara
- Sistem Pemerintahan Negara
b. Pilihan Raya
c. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
- Perlembagaan Malaysia
b. Agama Islam sebagai Agama Rasmi
FORMAT LAPORAN PROGRAM HNS 2013 – KERJA KUMPULAN
Bab 1.
Pengenalan
1. Latar belakang projek
2. Tujuan dan objektif program
3. Signifikan program
4. Jawatankuasa program
Bab 2. - Literatur Tema program
Bab 3.
Metodologi program
1. Kumpulan sasaran
2. Lokasi
3. Prosedur pelaksanaan
4. Penilaian program
Bab 4.
Modul-modul program.
1. Modul 1.
2. Modul 2
3. Modul 3
4. Modul 4
5. Modul 5
Bab 5.
Perbincangan dan Rumusan Program.
1. Kekuatan dan kelemahan program.
2. Cadangan penambahbaikan program.
3. Implikasi program.
4. Penutup.
Lampiran
Contoh format modul untuk aktiviti Sukan atau Permainan
1. Tajuk
2. Pengenalan
3. Jenis Aktiviti
4. Matlamat
5. Objektif
6. Kumpulan sasaran
7. Syarat Permainan
8. Cara Bermain
Contoh format modul untuk aktiviti Akademik
1.Tajuk : Karnival Bahasa Melayu
2.Pengenalan:
3.Jenis aktiviti: 1. Persembahan - Pidato, kuiz sketsa, drama, pantun, syair, nyanyian
2. Pertandingan melukis poster, menulis esei
(pilih satu sahaja)
4.Matlamat :
5. Objektif
6. Kumpula sasaran
7. Syarat-syarat
8. Langkah Perlaksanaan
a. Sebelum
b. Semasa
c. Selepas