Powered by Blogger.

>> Saturday 28 May 2011

Soalan-Soalan Esei – Tugasan Individu
HNS 2013 - Kenegaraan

Soalan 1
a) Bincangkan secara mendalam ciri-ciri yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara’. Berikan contoh-contoh yang sesuai bagi menyokong hujah anda.
b) Bincangkan bagaimana Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan sehingga kini.

Soalan 2
a) “Tidak akan ada tamadun jika masyarakat atau sesuatu kaum itu tidak berubah. Perubahan bukanlah hanya merujuk kepada kemajuan tetapi juga dari aspek kemunduran atau kemerosotan secara keseluruhan atau dalam bidang-bidang tertentu (Sidi Gazalba, 1983)”. Bincangkan berserta contoh faktor-faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada perubahan sesebuah tamadun.
b) “Memaksimakan penggunaan kemajuan sains dan teknologi sebagai alat untuk melestarikan pembangunan ekonomi, peningkatan kualiti hidup dan keselamatan negara”(Dasar Sains dan Teknologi Negara 2). Bincangkan bagaimana sains, teknologi dan inovasi dapat memacu negara mencapai matlamat Wawasan 2020.

Soalan 3
a) Apakah yang dapat anda simpulkan maksud tamadun berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh sarjana barat dan timur.
b) “Ibn Khaldun yang menulis ‘Muqaddimah’ pada abad ke-14 menjelaskan sesebuah tamadun itu melalui tiga tahap utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan mengalami kemusnahan”. Bincangkan penyataan tersebut dengan mengambil Kerajaan Melaka sebagai contoh.

Soalan 4
a) Bincangkan kebangkitan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan tanpa mengira kaum sehingga membawa kemerdekaan Tanah Melayu.
b) “Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan detik hitam dalam sejarah hubungan antara kaum di Malaysia” Bincangkan aspek-aspek positif peristiwa tersebut yang membawa perpaduan kepada masyarakat Malaysia pada masa kini.

Soalan 5
a) Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu?
b) Bincangkan konsep ‘Gagasan 1 Malaysia’ dalam konteks masyarakat majmuk di negara Malaysia pada masa kini.

Soalan 6
a) Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dikatakan tertinggi dalam sistem undang-undang di Malaysia?
b) Kedudukan istimewa Orang Melayu/Bumiputera di Sabah dan Sarawak (Perkara 153, Perlembagaan Malaysia) ialah hasil tolak ansur antara pelbagai kaum demi untuk menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Bincangkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga serta melindungi hak-hak ini di samping kepentingan-kepentingan yang sah untuk golongan bukan Bumiputera.

Soalan 7
a) Selepas Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan demokrasi di mana terdapat tiga badan yang bertanggungjawab, iaitu Badan Pentadbiran (Executive), Badan Kehakiman (Judiciary) dan Badan Undang-undang (Legislative). Bincangkan peranan yang dimainkan ketiga-tiga badan tersebut.
b) Pilihanraya merupakan satu proses demokrasi. Bincangkan pernyataan ini berserta contoh-contoh yang sesuai dalam konteks Negara Malaysia pada masa kini.

Soalan 8
a) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara Malaysia.
b) “Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1970 bermatlamat untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat”. Bincangkan sejauh manakah dasar ini mencapai matlamatnya.

Soalan 9
a) Menurut Lew Hee Men et al. (2005), Dasar Luar bermaksud “berbaik-baik dengan semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia’. Nyatakan kefahaman anda berdasarkan pernyataan tersebut.
b) Bincangkan bagaimana Dasar Luar Negara dapat memberi manfaat dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Soalan 10
a) Apakah kefahaman anda tentang identiti negara berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh para sarjana.
b) Pilih salah satu identiti negara dan bincangkan bagaimana identiti ini boleh membangkitkan semangat nasionalisme dan patriotik.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP